fbpx
Cerita Borneo

Tak Dapat Bonus, Posmen Terduduk Lencun Selepas Hujan Runtun Simpati Netizen

Abang posmen kita juga frontliner

Tak Dapat Bonus, Posmen Terduduk Lencun Selepas Hujan Runtun Simpati Netizen. Semalam tular di laman twitter satu ciapan dan gambar dari seorang pengguna mengenai seorang posmen yang menghantar surat dan barang yang dibelinya online.

Menerusi ciapan tersebut, wanita tersebut menyatakan ada orang menghubungi abang posmen tersebut sebaik sahaja beliau selesai menghantar barangan kepada wanita tersebut.

Tak Dapat Bonus, Posmen Terduduk Lencun Selepas Hujan Runtun Simpati Netizen

Selepas menjawab panggilan tersebut, posmen tersebut terus duduk termenung dalam keadaan basah lencun. Sedih sangat muka abang posmen tersebut ujar wanita tersebut lagi.

Kawan call bagitahu tahun ini tidak ada bonus

Menerusi ciapan wanita tersebut, beliau meminta adiknya bertanya kepada abang posmen tersebut mengapa nampak sedih. Akhirnya selepas ditanya 2, 3 kali beliau menjawab bahawa tadi beliau dihubungi seorang rakan dan diberitahu bahawa tahun ini mereka tidak ada bonus.

Tak pernah lagi jadi macam ni, katanya

Menurut wanita itu lagi, dalam keadaan teresak esak abang posmen itu berkata tidak pernah lagi mereka tidak dapat bonus bahkan tahun lepas mereka dapat bonus RM1000. Katanya juga, kerja makin banyak, tapi bonus pula tak ada.

Tambahan lagi katanya, abang posmen itu perlu menanggung keluarga selepas ayahnya meninggal dunia 3 tahun lepas.

Dapat simpati netizen

Ciapan tersebut ternyata meruntun simpati netizen dengan lebih 21 ribu retweet dan 15 ribu sukaan. Ramai juga netizen yang menyatakan simpati mereka dan ada juga yang menyatakan ibu bapa mereka yang bekerja di syarikat yang sama turut menerima nasib yang serupa.

Tak Dapat Bonus, Posmen Terduduk Lencun Selepas Hujan Runtun Simpati Netizen

Ada juga netizen yang memuatnaik gambar posmen yang membawa begitu banyak barang dengan motosikal mereka dan menyatakan bahawa posmen layak menerima gaji yang lebih.

Yalah, penuh motosikal untuk angkut barang apatah lagi ketika PKP dan PKPB ini banyak transaksi pembelian barang di atas talian dilakukan oleh rakyat Malaysia.

Tak Dapat Bonus, Posmen Terduduk Lencun Selepas Hujan Runtun Simpati Netizen

Apa pula pendapat anda? Adakah anda turut simpati dengan abang abang posmen kita? Mereka juga barisan hadapan yang berjuang untuk kita walau panas dan hujan menghantar surat dan barangan kita seharian.

Baca Juga Artikel Lain Berkaitan :

Artikel Berkaitan

Back to top button