fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Tak Perlu Ambil Suhu Di Setiap Kedai, Kini Cukup Di Pintu Masuk Utama Pusat Beli Belah Sahaja

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
29 Jun 2020
Tak Perlu Ambil Suhu Di Setiap Kedai, Kini Cukup Di Pintu Masuk Utama Pusat Beli Belah Sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Kenyataan terbaru daripada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri.

Tak Perlu Ambil Suhu Di Setiap Kedai, Kini Cukup Di Pintu Masuk Utama Pusat Beli Belah Sahaja. Selepas ini, mungkin pergerakan anda di pusat beli belah akan menjadi lebih lancar kerana rutin mengambil suhu di setiap kedai akan dilonggarkan. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media hari ini.

Ambil suhu di pintu masuk utama sahaja

Menurutnya, standard operasi prosedur untuk pengambilan suhu pengunjung di pusat beli belah, hotel dan restoran akan dilonggarkan. Menerusi mesyuarat Kabinet khas yang diadakan pagi tadi, pihaknya telah memutuskan agar individu yang memasuki premis berkenaan hanya perlu diambil suhu badan mereka sekali sahaja iaitu semasa memasuki pintu utama premis.

Ini bermakna kedai-kedai yang beroperasi di pusat beli belah kini tidak perlu lagi mengambil suhu badan pelanggan.

Tak Perlu Ambil Suhu Di Setiap Kedai, Kini Cukup Di Pintu Masuk Utama Pusat Beli Belah Sahaja
Tak Perlu Ambil Suhu Di Setiap Kedai, Kini Cukup Di Pintu Masuk Utama Pusat Beli Belah Sahaja

Sebelum ini, rutin pengambilan suhu badan begitu kerap dilakukan apabila seseorang mengunjungi pusat membeli-belah. Ini kerana mereka akan diambil suhu setiap kali melawat ke sesebuah kedai di dalam pusat beli belah berkenaan.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Jelasnya lagi, tiada keperluan untuk setiap kedai mengambil suhu badan memandangkan suhu badan pengunjung sudah pun direkodkan di pintu masuk utama.

Tetap perlu beri nama dan nombor telefon di setiap kedai

Walau bagaimanapun, pengunjung perlu tetap memberikan nama serta nombor untuk dihubungi bagi memudahkan urusan pengesanan kontak sekiranya dikesan menghidap wabak tersebut.

Para pengunjung boleh memberikan maklumat tersebut secara manual (bertulis tangan) atau dengan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera.

Tak Perlu Ambil Suhu Di Setiap Kedai, Kini Cukup Di Pintu Masuk Utama Pusat Beli Belah Sahaja
Kredit : BERNAMA

Selain suhu badan, maklumat ini adalah sangat penting kerana pengunjung akan memasuki pelbagai tempat setelah mereka masuk ke bangunan pusat membeli belah. Melalui data yang direkodkan oleh setiap kedai misalnya, pengesanan kontak akan dapat dilakukan dengan lancar dan efisien.

Tak perlu lah nak scan suhu sampai berpuluh kali tiap kali masuk pusat beli belah kan? Apa-apa pun, sentiasa patuhi SOP dan jangan lupa amalkan tahap kebersihan yang tinggi, okay?

Jangan lupa pakai pelitup muka dan hand sanitizer.

Lagi cerita menarik untuk anda :

SUMBER : The Borneo Post
Share7256Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy