fbpx
Cerita Borneo

Tak Perlu Isi Borang Lagi, Pengeluaran ASB Kini Boleh Dilakukan Secara ‘Online’

Hanya Melalui myASNB Sahaja.

Tak Perlu Isi Borang Lagi, Pengeluaran ASB Kini Boleh Dilakukan Secara ‘Online’. Jika sebelum ini, anda harus pergi ke bank yang terpilih atau kaunter pejabat pos untuk melakukan urusan pengeluaran Amanah Saham, bukan? Tapi kini, tidak lagi. Anda sudah boleh melakukan urusan pengeluaran unit secara dalam talian (online) melalui laman web Amanah Saham Nasional Berhad iaitu myASNB.

Kemudahan pengeluaran secara dalam talian di aplikasi myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan sejumlah wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB sama ada menerusi portal atau aplikasinya.

Tak Perlu Isi Borang Lagi, Pengeluaran ASB Kini Boleh Dilakukan Secara 'Online'

Ia juga selaras dengan saranan kemudahan urus niaga digital serta memenuhi kehendak pelanggan yang selama ini mengimpikan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Menerusi laman web ASNB, urusan pengeluaran dalam talian ini membolehkan anda ;

  • Mengeluarkan wang pelaburan maksimum terkumpul dari mana-mana unit amanah sebanyak RM500 sebulan
  • Mengeluarkan jumlah minimun sebanyak RM100/transaksi
  • Dibenarkan melakukan transaksi sebanyak 3 kali sahaja dalam sebulan
  • Mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja
Tak Perlu Isi Borang Lagi, Pengeluaran ASB Kini Boleh Dilakukan Secara 'Online'
Tak Perlu Isi Borang Lagi, Pengeluaran ASB Kini Boleh Dilakukan Secara ‘Online’

Kemudahan melalui portal ini sudah boleh digunakan bermula 20 April 2020, manakala kemudahan menerusi aplikasi akan dilancarkan pada 27 April 2020.

Ini panduan mudah untuk pengeluaran dalam talian melalui portal myASNB.

1. Log masuk ke portal myASNB. Jika anda belum pernah mendaftar di dalam portal myASNB, klik pautan ini : Cara Daftar Portal myASNB

2. Klik ‘Portfolio‘ dan pilih jumlah dana yang ingin dikeluarkan.

3. Klik ‘Transaksi‘ dan pilih ‘Jualan Balik‘.

Tak Perlu Isi Borang Lagi, Pengeluaran ASB Kini Boleh Dilakukan Secara 'Online'
Kredit : FB Zulhanif Abd Razak

4. Ikut langkah yang seterusnya sehingga selesai.

5. Tunggu wang anda dikredit masuk ke dalam akaun bank anda pada hari berikutnya.

Tak Perlu Isi Borang Lagi, Pengeluaran ASB Kini Boleh Dilakukan Secara 'Online'
Kredit : FB Zulhanif Abd Razak

Itu sahaja!

Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk melakukan pengeluaran dengan berhemah dan hanya mengeluarkan wang simpanan anda sekiranya benar-benar memerlukan. Takut nanti tiada simpanan pula di hari mendatang.

Pesan ASNB, pelaburan unit amanah sebaiknya adalah untuk simpanan jangka masa sederhana dan panjang agar ia dapat terus berkembang dan anda dapat menikmati faedah kompaun.

Makin lama anda menyimpan, makin besar ‘payung’ untuk anda.

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close