fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Tak Perlu Transit KL, Sarawak Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Tanah Suci

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
1 Januari 2020
Tak Perlu Transit KL, Sarawak Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Tanah Suci
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Alhamdulillah!

Tak Perlu Transit KL, Sarawak Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Tanah Suci

Tak Perlu Transit KL, Sarawak Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Tanah Suci. Jika umat Islam di Kepulauan Borneo sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci, kini anda mungkin boleh menjimatkan perbelanjaan tiket kapal terbang apabila Kuching bakal menjadi hub umrah bagi masyarakat Borneo.

Syukur alhamdulillah.

ADVERTISEMENT

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri Pelancongan, Seni, Budaya, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada Isnin lepas semasa menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Sarawak Tourism Board (STB) dengan ATS Global and Charter Sdn Bhd.

Menurut beliau, syarikat pelancongan ATS Global and Charter Sdn Bhd akan bekerjasama dengan Sarawak Tourism Board (STB) untuk menyediakan penerbangan umrah ke Mekah dan Madinah sebanyak empat kali seminggu. Kuching akan dijadikan sebagai laluan alternatif penerbangan terus menggunakan khidmat syarikat penerbangan yang terpilih.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Tak Perlu Transit KL, Sarawak Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Tanah Suci
Gambar hiasan. Kredit : Safa Marwah Travel

Dengan adanya penerbangan terus ini, mereka yang ingin mengerjakan umrah tidak lagi perlu transit ke Kuala Lumpur. Bahkan, inisiatif ini bakal menjadikan Sarawak sebagai hub umrah pertama di Borneo kerana ia bukan sahaja memanfaatkan penduduk Sarawak tetapi juga penduduk dari Brunei dan Kalimantan.

Jelasnya lagi, pembukaan laluan baru ini adalah satu rahmat kerana dapat memenuhi bakti kepada ummah selain memberi peluang kepada individu yang ingin melancong atau melaksanakan kerja di Tanah Suci.

ADVERTISEMENT
Tak Perlu Transit KL, Sarawak Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Tanah Suci

Selain itu, ia juga bakal merancakkan lagi sektor pelancongan, perhotelan, pengangkutan, makanan dan lain-lain kerana jemaah akan berkumpul di Bandaraya Kuching terlebih dahulu sebelum melanjutkan perjalanan ke sana. Ini secara tidak langsung menjadikan Kuching sebagai sebuah hub transit untuk mereka yang berada di luar kawasan Kuching sebelum mereka berlepas ke Arab Saudi.

Apa pendapat anda tentang berita ini? Mudah-mudahan makin ramai yang dapat merasa untuk menunaikan umrah ke Tanah Suci selepas ini. Betul sik? Doa yang baik-baik saja.

ADVERTISEMENT
Share60569Tweet42SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy