fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Tanah Runtuh Sepanjang 150 meter Berlaku Di Tempat Letak Kereta Taman Kinabalu, Ranau

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
20 Januari 2021
Tanah Runtuh Sepanjang 150 meter Berlaku Di Tempat Letak Kereta Taman Kinabalu, Ranau
Share on FacebookShare on Twitter

Kejadian tanah runtuh tersebut berlaku pada jam 7.15 pagi hari ini.

Tanah Runtuh Sepanjang 150 meter Berlaku Di Tempat Letak Kereta Taman Kinabalu, Ranau. Kejadian tanah runtuh di Kilometer (KM) 20 Jalan Ranau-Tamparuli di Ranau, berlaku pada hari ini, jam 7.15 pagi.

Walaubagaimanapun, tanah runtuh tersebut tidak melibatkan jalan raya utama dan kenderaan masih lagi boleh melalui laluan berkenaan dari kedua-dua arah Kota Kinabalu dan Sandakan.

Tanah Runtuh Sepanjang 150 meter Berlaku Di Tempat Letak Kereta Taman Kinabalu, Ranau
Tanah Runtuh Sepanjang 150 meter Berlaku Di Tempat Letak Kereta Taman Kinabalu, Ranau

Kawasan runtuhan sepanjang 150 meter itu dikenal pasti sebagai tempat letak kereta

Menurut ketua Polis Daerah Ranau DSP Sammy Newton, kawasan runtuhan sepanjang 150 meter itu dikenal pasti sebagai tempat letak kereta pelawat ke Taman Kinabalu, yang terletak kira-kira 90 kilometer dari sini.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Beliau berkata polis menerima laporan kejadian tersebut pada jam 7.15 pagi dan kawasan itu tidak melibatkan penempatan penduduk kampung.

Tanah Runtuh Sepanjang 150 meter Berlaku Di Tempat Letak Kereta Taman Kinabalu, Ranau

Punca runtuhan dipercayai akibat daripada hujan yang turun berterusan

“Punca runtuhan dipercayai akibat daripada hujan yang turun berterusan sejak beberapa hari lalu di daerah Ranau,” katanya ketika dihubungi Bernama pada hari ini.

Sammy juga berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini manakala kerosakan harta benda serta anggaran nilai kerosakan belum lagi ditaksirkan.

Beliau berkata Taman-Taman Sabah juga telah menutup kawasan lokasi runtuhan sebelum berlakunya kejadian tanah runtuh dan kerja-kerja pemantauan kini sedang giat dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau.

Lagi di sini:

SUMBER : Bernama
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy