fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Tarian Suku Kaum Bidayuh Salako Harumkan Nama Malaysia di Korea

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
1 Oktober 2019
Tarian Suku Kaum Bidayuh Salako Harumkan Nama Malaysia di Korea
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tarian Suku Kaum Minoriti Sarawak Ini Tambat Hati Juri, Dinobat Tarian Kedua Terbaik Dunia

Sebuah lagi pencapaian yang membanggakan bagi seluruh komuniti Sarawak dibuktikan melalui tarian etnik Bidayuh Salako di Cheonan World Dance Festival Korea 2019. Tarian yang dipersembahkan oleh pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak ini mendapat tempat kedua sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Kacak lah!

Tarian Suku Kaum Bidayuh Salako Harumkan Nama Malaysia di Korea
Kumpulan tari UPSI ini mengangkat nama tarian Wek Jongan di mata dunia. Sumber : Instagram @ism.tariupsi

Kumpulan tari tersebut turut merangkul Anugerah Kostum Terbaik untuk Main Stage Performance, Tempat Ketiga untuk Pertandingan Nyanyian Solo dan Duet serta Tempat Kedua untuk Funny Dance Battle Competition. Secara keseluruhannya, dinobatkan di tempat kedua untuk festival tersebut. Tahniah yuollss!

ADVERTISEMENT

Wek Jongan : Tarian Ilham Dari Mimpi

Tarian yang diberi nama Wek Jongan ini merupakan tarian tradisional daripada suku kaum Bidayuh Salako yang kebanyakannya tinggal di kawasan Lundu dan Sematan. Menurut legenda, tarian Wek Jongan ini lahir apabila seorang gadis yatim piatu bermimpi tentang ibunya yang telah meninggal dunia muncul menghiburkannya dengan nyanyian dan tarian. Sejak dari itu, gadis tersebut mengajar penduduk kampung cara untuk menyanyi dan menari berdasarkan mimpi tersebut. Orang zaman dolok dapat translate mimpi koh. Terer eh!

Untuk pengetahuan anda, suku kaum Bidayuh Salako merupakan salah satu pecahan suku kaum Bidayuh yang mempunyai populasi yang sangat kecil kalau dibandingkan dengan populasi kaum Bidayuh yang lain di Sarawak. Ada yang mengatakan bahawa warisan suku kaum ini terutamanya dari segi kebudayaan hampir hilang kerana mereka sudah migrate ke kawasan yang lain untuk meneruskan kehidupan dan tidak lagi mengamalkan adat turun temurun. Namun, persembahan Wek Jongan di Korea ini pastinya dapat memelihara warisan budaya masyarakat Bidayuh Salako selain mengangkat martabat Malaysia di mata dunia.

ArtikelBerkaitan

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Tatacara Terbaru Kemasukan Ke Sarawak : Ambil Swab 3 Hari Sebelum Dan Mesti Disahkan Negatif

Jangan lupa like dan share berita gembira ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Ooohaa!

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Share25943Tweet46SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy