fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Taska Dibenarkan Mula Beroperasi Bermula 9 Jun Di Sarawak

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
3 Jun 2020
Taska Dibenarkan Mula Beroperasi Bermula 9 Jun Di Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter

Perkara Tersebut Diumumkan Oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Petang Tadi.

Taska Dibenarkan Mula Beroperasi Bermula 9 Jun Di Sarawak. Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan bahawa taska akan dibenarkan mula beroperasi bermula 9 Jun.

Perkara tersebut diumumkan menerusi sidang media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak petang tadi.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pembukaan semula taska tersebut disertakan dengan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Oleh yang demikian, mana-mana pusat taska yang beroperasi perlu mematuhi SOP bagi mengelakkan penularan semula wabak.

Taska Dibenarkan Mula Beroperasi Bermula 9 Jun Di Sarawak
Taska Dibenarkan Mula Beroperasi Bermula 9 Jun Di Sarawak

Teliti SOP Pembukaan Kedai Gunting Rambut, Gimnasium

Sementara itu, kerajaan Sarawak turut meneliti SOP untuk pembukaan semula taman rekreasi, kedai gunting rambut, pusat kecergasan atau gimnasium, serta kedai gambar.

SOP yang telah dimuktamadkan akan diumumkan kepada umum dalam masa yang terdekat.

Taska Dibenarkan Mula Beroperasi Bermula 9 Jun Di Sarawak
Kredit : miorazli.com

Tindakan memperhalusi SOP ini dibuat memandangkan jumlah kes serta graf kes di Sarawak menunjukkan penurunan secara berterusan.

Setakat hari ini, Sarawak terus mencatatkan sifar kes positif baru dengan seorang pesakit telah pulih dan discaj dari hospital.

Dengan itu, jumlah pesakit yang telah sembuh di Sarawak kini pada kadar 94.20%.

Setakat 31 Mei yang lalu, hanya tinggal 26 kes dirawat di hospital :

Sementara itu, Sabah kini telah mula membuka semula sektor pelancongan tempatan :

Share357Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy