fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Tatacara Terbaru Kemasukan Ke Sarawak : Ambil Swab 3 Hari Sebelum Dan Mesti Disahkan Negatif

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
14 Januari 2021
Tatacara Terbaru Kemasukan Ke Sarawak : Ambil Swab 3 Hari Sebelum Dan Mesti Disahkan Negatif
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tatacara ini akan mula berkuatkuasa mulai 16 Januari 2021.

Tatacara Terbaru Kemasukan Ke Sarawak : Ambil Swab 3 Hari Sebelum Dan Mesti Disahkan Negatif. Susulan peningkatan kes yang mendadak di Sarawak, SDMC hari ini mengeluarkan tatacara terbaharu kemasukan ke Sarawak. Walaupun masih berdepan Perintah Kawalan Pergerakan, namun tatacara ini akan berkuatkuasa bagi individu yang telah mendapat permit polis bagi tujuan merentas negeri sepanjang tempoh PKP/PKPB.

Tatacara terbaharu yang dikeluarkan oleh SDMC tersebut ialah mana-mana individu yang ingin memasuki Sarawak perlulah melakukan ujian saringan rt-PCR 3 hari sebelum ke Sarawak. Keputusan ujian saringan swab tersebut juga mestilah negatif dan dilampirkan bersama permohonan enterSarawak sebelum seseorang individu dibenarkan masuk ke negeri ini.

ADVERTISEMENT

Jika sebelum ini hanya individu berkepentingan sahaja dibenarkan memasuki Sarawak dengan syarat melakukan ujian saringan 3 hari sebelum dan berada di Sarawak tidak lebih 3 hari tetapi kini nampaknya syarat tersebut turut dikenakan kepada orang ramai yang ingin memasuki Sarawak.

Tatacara Terbaru Kemasukan Ke Sarawak : Ambil Swab 3 Hari Sebelum Dan Mesti Disahkan Negatif
Tatacara Terbaru Kemasukan Ke Sarawak : Ambil Swab 3 Hari Sebelum Dan Mesti Disahkan Negatif

Tidak dijelaskan sama ada langkah ini adalah langkah tambahan atau sebaliknya

Walau bagaimanapun, tidak dijelaskan dalam kenyataan media hari ini sama ada langkah ini adalah sebagai langkah tambahan atau langkah bagi menggantikan prosedur kuarantin sebelum ini. Namun, tiada arahan mengatakan bahawa prosedur kuarantin ditamatkan. Besar kemungkinan langkah ini adalah langkah tambahan kemasukan ke Sarawak.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

Jika benar, maka anda perlu mengambil ujian saringan swan rt-PCR selama 3 hari sebelum dan disahkan negatif. Kemudian, sebaik sahaja memasuki Sarawak, anda akan dikuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin dan diambil ujian swab rt-PCR sekali lagi pada hari ke-2 kuarantin. Ujian kali ketiga akan dilakukan pada hari ke-10 di pusat kuarantin.

Sekiranya kerajaan Sarawak melaksanakan langkah tambahan ini, satu lagi persoalan yang bakal timbul dalam kalangan rakyat adalah tentang kos ujian saringan. Adakah ujian saringan 3 hari sebelum ini juga akan ditanggung oleh kerajaan Sarawak sepertimana prosedur kuarantin 14 hari serta ujian saringan rt-PCR semasa kuarantin?

ADVERTISEMENT
Tatacara Terbaru Kemasukan Ke Sarawak : Ambil Swab 3 Hari Sebelum Dan Mesti Disahkan Negatif

Kos kemasukan ke Sarawak semakin bertambah

Jika ia tidak ditanggung, maka rakyat Sarawak atau individu yang mahu memasuki Sarawak, terutamanya yang mempunyai alasan penting seperti dipanggil bertugas dan sebagainya perlu menghadapi satu lagi bebanan iaitu kos ujian saringan.

Tambahan pula, situasi sekarang tidak menentu dan penerbangan ke Sarawak juga telah dikurangkan. Sudah tentu, rakyat akan berdepan risiko pembaziran kos sekiranya penerbangan dibatalkan secara tiba-tiba walaupun sudah mengikut jadual penerbangan sahih yang dikeluarkan oleh SDMC. Dalam ekonomi yang tidak stabil ini, rakyat tidak mampu lagi menanggung sebarang pembaziran kos dan wang ringgit.

Situasi ini pastinya lebih rumit buat warganegara Malaysia yang bukan rakyat Sarawak. Walaupun berada dalam satu negara, namun kedatangan ke Sarawak seolah-olah datang ke suatu negara yang asing barangkali.

Apa-apapun, maklumat lanjut tentang tatacara kemasukan terbaharu ini pasti akan menyusul tidak lama lagi.

Kekal selamat dan jaga diri.

Hari ini, Sarawak terus mencatatkan peningkatan kes. Baca selanjutnya di sini :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy