fbpx
Cerita Borneo

Terkandas Berbulan, Dilema Asyik ‘Flight Cancelled’ Masa PKPB

Dengar Luahan Sadis Rakyat Ini.

Terkandas Berbulan, Dilema Asyik ‘Flight Cancelled’ Masa PKPB. Seperti mana yang anda telah sedia maklum, pergerakan rentas negeri buat masa ini adalah sangat ketat. Hanya mereka yang benar-benar berkeperluan sahaja yang dibenarkan untuk melakukan perjalanan antara negeri. Malah, prosedur ini menjadi semakin ketat apabila perjalanan ini terpaksa mendapatkan permit daripada pihak polis. Hal ini berlaku terutamanya pada musim perayaan.

Walau pun beberapa syarikat penerbangan negara telah pun mula beroperasi semula, berita ini tidak cukup melegakan hati rakyat Malaysia. Dilema mula menghantui mereka yang telah membeli tiket penerbangan dan terpaksa pulang ke kampung halaman atas alasan mendesak.

Mana tidaknya, wang simpanan sudah dihabiskan untuk membeli tiket penerbangan namun penerbangan pula sering dibatalkan. Lebih parah, ada yang dimaklumkan pada saat akhir. Sungguh mendukacitakan.

Luahan pilu rakyat yang sering dibatalkan penerbangan ini dikongsi di laman group Facebook, AirAsia Flight Operations.

Rata-ratanya menyatakan bahawa penerbangan mereka telah dibatalkan berulang-ulang kali oleh syarikat penerbangan tambang murah. Bahkan, ada yang menukar tarikh sehingga 6 kali tetapi akhirnya tetap dibatalkan.

Terkandas Berbulan, Dilema Asyik 'Flight Cancelled'  Masa PKPB
Terkandas Berbulan, Dilema Asyik 'Flight Cancelled'  Masa PKPB

Melalui luahan di laman group ini juga, kebanyakan mereka yang terkandas bukanlah atas sebab mahu pulang berjumpa keluarga tetapi sebaliknya mahu pulang atas sebab hilang pekerjaan dan tempat bergantung. Pilihan yang mereka ada ialah pulang ke rumah di negeri masing-masing.

Disebabkan tambang penerbangan syarikat ini adalah pada kadar yang termampu berbanding syarikat penerbangan lain, mereka tiada pilihan selain terus mengharapkan agar penerbangan mereka tidak lagi dibatalkan dalam masa yang terdekat ini.

Terkandas Berbulan, Dilema Asyik 'Flight Cancelled'  Masa PKPB
Terkandas Berbulan, Dilema Asyik 'Flight Cancelled'  Masa PKPB
Terkandas Berbulan, Dilema Asyik ‘Flight Cancelled’ Masa PKPB

Tips Netizen : Tukar Waktu Penerbangan Secepat Mungkin

Dalam pada masa yang sama, seorang pengguna pula telah mencadangkan agar individu yang mahu menukar tarikh penerbangan untuk sentiasa memeriksa tarikh yang sedia ada. Langkah yang seterusnya ialah menempah terus tarikh tersebut dan jangan berlengah. Pastikan anda telah mendapat permit dari balai polis sebelum menempah tiket.

Kita jangan ikut waktu kita..tapi kita ikut waktu flight

Jelasnya lagi, alasan pembatalan penerbangan pula kebanyakannya mungkin disebabkan oleh jumlah penumpang yang sedikit.

Terkandas Berbulan, Dilema Asyik 'Flight Cancelled'  Masa PKPB

Pembatalan Penerbangan Bukan Arahan Dari Kerajaan Negeri

Pengguna yang lain pula tampil memberi penjelasan bahawa pembatalan penerbangan terutamanya keluar masuk Sarawak bukan berpunca daripada arahan kerajaan negeri. Tetapi sebaliknya adalah disebabkan kesilapan dan permasalahan daripada syarikat penerbangan itu sendiri.

Penjelasan beliau juga disokong dengan tangkap layar soal jawab dengan akaun rasmi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Terkandas Berbulan, Dilema Asyik 'Flight Cancelled'  Masa PKPB

Bagi anda yang telah berkali-kali dibatalkan penerbangan, jangan berputus asa. Segala masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Bagi mereka yang pernah atau sedang menghadapi situasi seperti ini, kongsikan di ruangan komen untuk pengetahuan bersama. Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai cara atau tips penerbangan pada waktu PKPB ini, boleh kongsikan juga, okay?

Kita jaga kita.

Terbaharu, MKN telah membenarkan semula perjalanan rentas negeri bagi pasangan yang tinggal di negeri berasingan. Rujuk artikel di sini :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close