fbpx
Cerita Borneo

TERKINI! Hampir Kesemua Penerbangan Dalam Dan Keluar Sarawak Dibatalkan

Ramai Yang Terkandas Di Lapangan Terbang

TERKINI! Hampir Kesemua Penerbangan Dalam Dan Keluar Sarawak Dibatalkan. Isu keluar masuk antara negeri hangat diperdebatkan beberapa hari ini susulan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020. Walau pun kerajaan Sarawak telah mengeluarkan garis panduan penerbangan rentas negeri semasa wabak COVID-19 ini, namun khidmat pengangkutan udara di Sarawak seakan tidak lagi mengizinkan perjalanan keluar masuk ke Bumi Kenyalang.

Pembatalan Penerbangan Termasuk Penerbangan Dalam Negeri

Melalui tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) semalam, hampir kesemua penerbangan yang sepatutnya berlepas dari Kuching dibatalkan bermula hari ini. Berdasarkan papan elektronik yang memaparkan informasi pelepasan di KIA, pembatalan ini bukan sahaja melibatkan penerbangan ke luar Sarawak malah ia turut melibatkan melibatkan penerbangan dalam negeri seperti ke Sibu, Miri dan Bintulu. Dua syarikat penerbangan utama negara yang membatalkan penerbangan menerusi informasi ini adalah AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS).

Hanya penerbangan MASWings dan penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 10 pagi ini tidak dibatalkan.

TERKINI! Hampir Kesemua Penerbangan Dalam Dan Keluar Sarawak Dibatalkan
TERKINI! Hampir Kesemua Penerbangan Dalam Dan Keluar Sarawak Dibatalkan

Pelajar IPT Terkandas, Tunggu Penerbangan Sejak Tengah Hari

Susulan pembatalan tersebut, ramai penumpang terkandas di KIA semalam termasuklah para pelajar yang dikehendaki mengosongkan kolej kediaman di IPT mereka. Menurut sumber terdekat, kebanyakan penumpang yang terkandas ialah pelajar yang berasal dari Sabah. Lebih tragis apabila ada di antara mereka yang telah berada di KIA tersebut sejak tengah hari semalam manakala info pembatalan terpampang di skrin elektronik kira-kira jam 11 malam.

Pada asalnya, pihak kolej kediaman IPT tersebut mengarahkan pengosongan kolej kediaman dan pelajar tidak dibenarkan untuk tinggal di sana selama 2 minggu untuk proses sanitasi. Namun demikian, akibat pembatalan penerbangan luar jangka, pihak IPT tersebut dilaporkan bakal menyediakan penempatan sementara untuk pelajar mereka yang terkandas.

TERKINI! Hampir Kesemua Penerbangan Dalam Dan Keluar Sarawak Dibatalkan
TERKINI! Hampir Kesemua Penerbangan Dalam Dan Keluar Sarawak Dibatalkan

Semua Rakyat Sarawak dan Bukan Sarawak Bebas Keluar Dari Sarawak

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Sarawak semalam berkaitan garis panduan perjalanan sepanjang penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan, kesemua rakyat Sarawak dan rakyat bukan Sarawak adalah dibenarkan untuk keluar dari Sarawak (dengan syarat perjalanan dalam Malaysia sahaja). Namun demikian, individu yang masih menjalani ‘Stay Home Notice’ (SHN) adalah tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang perjalanan keluar dari negeri sehingga tempoh tersebut tamat.

Namun demikian, situasi kini agak genting kerana pembatalan ini dibuat oleh syarikat penerbangan. Setakat ini, masih belum diketahui sama ada terdapat gantian penerbangan atau pun tidak sepanjang tempoh kawalan pergerakan.

TERKINI! Semua Penerbangan Dalam Dan Keluar Sarawak Dibatalkan

Artikel Berkaitan

Back to top button