fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

TERKINI : Individu Dari Sabah Tidak Dibenarkan Memasuki Sarawak Mulai 4 Oktober 2020

Kedung BK Oleh Kedung BK
1 Oktober 2020
TERKINI : Individu Dari Sabah Tidak Dibenarkan Memasuki Sarawak Mulai 4 Oktober 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Pengumuman terkini dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

TERKINI : Individu Dari Sabah Tidak Dibenarkan Memasuki Sarawak Mulai 4 Oktober 2020. Terkini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengumumkan tatacara terbaharu mengenai kemasukan ke negeri Sarawak dari Sabah dan Labuan.

Terbabit juga adalah tatacara kemasukan ke Negeri Sarawak dari Semenanjung Malaysia.

TERKINI : Individu Dari Sabah Tidak Dibenarkan Memasuki Sarawak Mulai 4 Oktober 2020

Semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara TIDAK DIBENARKAN masuk Sarawak dari Sabah dan Labuan

Merujuk perkara di atas, semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang berada di Sabah dan Labuan tidak dibenarkan masuk ke negeri ini mulai 4 Oktober 2020 sehingga 18 Oktober 2020 (14 hari).

ArtikelBerkaitan

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Ketua Institusi Agama Sarawak Sokong 100% Program Imunisasi COVID-19

Untuk rakyat Sarawak yang berada di Sabah dan Labuan, mereka dibenarkan masuk tetapi perlu memohon melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form.

Mereka akan dikenakan kuarantin di pusat kuarantin selama 14 hari. Ujian rT-PCR Covid-19 akan dibuat pada hari ke-2 dan ke-10.

Kos kuarantin dan ujian tersebut akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Semua kemasukan harus dimohon menerusi aplikasi EnterSarawak.

Sektor Oil and Gas akan menggunakan SOP sedia ada masih diterima pakai

Bagi sektor yang dikategorikan Essential Services termasuk Delivery Services yang menggunakan jalan darat, mereka perlu mendapat surat khas daripada JPBB yang berkenaan (Miri atau Limbang).

Mereka juga wajib mengambil ujian rT-PCR Covid-19 sebelum memulakan tugasan. Ujian seterusnya wajib diambil pada hari ke-14 sehingga arahan seterusnya.

Untuk mereka yang perlu melalui Negara Brunei Darussalam, mereka perlu patuh kepada semua arahan terkini yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negara tersebut.

Ujian rT-PCR Covid-19 wajib dibuat.

Tatacara kemasukan ke Negeri Sarawak dari Semenanjung Malaysia mulai 4 Oktober 2020

Semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang ingin masuk ke negeri ini dari Semenanjung Malaysia perlu memohon kemasukan melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form.

Mereka akan dikuarantin selama 14 hari dan ujian Covid-19 akan diambil pada hari ke-2 dan ke-10. Semua kos tanggungan sendiri.

Bagi rakyat Sarawak yang dikategorikan dalam Essential Services dan perlu menjalani tugasan rasmi di Semenanjung, mereka dibenarkan ke Semenanjung Malaysia dan perlu memohon kemasukan melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form.

Selain itu, mereka juga wajib mendapat kelulusan daripada ketua jabatan masing-masing dan memuatnaik surat rasmi serta surat jemputan mesyuarat ke aplikasi EnterSarawak sebelum dibenarkan pulang tanpa kuarantin di pusat kuarantin.

Setiba di Sarawak, mereka akan di swab dan dipasang gelang tangan dan akan dikenakan kuarantin Home Surveillance Order (HSO) sehingga keputusan ujian itu negatif.

Untuk mereka yang mempunyai keputusan ujian rT-PCR Covid-19 negatif (sah selama 14 hari), mereka boleh memuatnaik keputusan negatif itu ke dalam aplikasi EnterSarawak dengan surat rasmi dan surat jemputan ke mesyuarat sebelum dibenarkan pulang tanpa kuarantin di pusat kuarantin.

Untuk tatacara kemasukan ke negeri Sarawak dari Luar Negara, SOP terdahulu masih berkuatkuasa. Semua arahan ini berkuatkuasa mulai 4 Oktober 2020 hingga 18 Oktober 2020.

Lagi di sini:

SUMBER : Unit Komunikasi Awam Sarawak
Share585Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy