fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

TERKINI : Kadar Faedah Tidak Akan Dikenakan Sepanjang Tempoh 6 Bulan Moratorium

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
6 Mei 2020
TERKINI : Kadar Faedah Tidak Akan Dikenakan Sepanjang Tempoh 6 Bulan Moratorium
Share on FacebookShare on Twitter

Ansuran Bulanan Dibayar Seperti Biasa Selepas Tempoh 6 Bulan.

TERKINI : Kadar Faedah Tidak Akan Dikenakan Sepanjang Tempoh 6 Bulan Moratorium. Pasti ramai yang masih keliru dengan kemudahan moratorium yang ditawarkan oleh bank masing-masing terutamanya bagi mereka yang terjejas teruk dan kehilangan pekerjaan akibat pandemik ini.

Jika sebelum ini, kemudahan ini ditawarkan secara automatik kepada pelanggan. Namun, beberapa minggu kemudian, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengejutkan bahawa pinjaman sewa beli akan dikenakan kadar faedah sepanjang tempoh moratorium.

Hari ini, Kementerian Kewangan menerusi kenyataan media menterinya, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak bank tidak akan mengenakan caj tambahan untuk perjanjian sewa beli (hire purchase) untuk kedua-dua konvesional dan shariah.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Kenyataan Media YB @tzafrul_aziz, Menteri Kewangan mengenai Tiada Caj Tambahan atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli (Konvensional dan Shariah). pic.twitter.com/VE82Kk7WAY

— Ministry of Finance (@MOFmalaysia) May 6, 2020
TERKINI : Kadar Faedah Tidak Akan Dikenakan Sepanjang Tempoh 6 Bulan Moratorium
TERKINI : Kadar Faedah Tidak Akan Dikenakan Sepanjang Tempoh 6 Bulan Moratorium

Saranan Kementerian Kewangan Dipersetujui Bersama Industri Perbankan

Setelah Bank Negara Malaysia mengeluarkan kenyataan yang gempar minggu lalu, ramai pihak ternyata tidak senang dengan keputusan tersebut yang dianggap tidak telus dan mengelirukan. Oleh yang demikian, Kementerian Kewangan menyarankan industri perbankan melupuskan cas tambahan ke atas ansuran pinjaman sewa beli dan saranan tersebut hari ini telah dipersetujui bersama industri perbankan.

Melalui persetujuan tersebut, jumlah ansuran bulanan pinjaman akan kekal sama dan tidak berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan shariah) sepanjang tempoh pembiayaan.

Ini bermakna para peminjam tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan sewaktu tempoh moratorium.

TERKINI : Kadar Faedah Tidak Akan Dikenakan Sepanjang Tempoh 6 Bulan Moratorium

Tambahan 6 Bulan Tetap Diteruskan

Bagi yang ingin mengambil kemudahan moratorium ini, anda perlu menyambung semula bayaran ansuran seperti biasa selepas tamat tempoh moratorium seperti mana yang tertakluk dalam terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing. Ini termasuklah tambahan 6 bulan bayaran ansuran bagi keseluruhan jadual pembiayaan.

Tambahnya lagi, pihak kerajaan berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban rakyat di kala menghadapi waktu yang sukar ini.

Bagi yang benar-benar memerlukan, manfaatkan moratorium ini sebaik mungkin.

Artikel berkaitan :

Share11550Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy