fbpx
Cerita Borneo

TERKINI : Kadar Pengangguran Di Malaysia Naik Ke Tahap Tertinggi Dalam Sedekad

Data terbaru tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia

TERKINI : Kadar Pengangguran Di Malaysia Naik Ke Tahap Tertinggi Dalam Sedekad. Berdasarkan data pengangguran pada bulan Mac 2020, kadar pengangguran di Malaysia adalah 3.9%, lebih tinggi daripada kadar pengangguran tertinggi pada tahun 2010, iaitu pada paras 3.6%.

TERKINI : Kadar Pengangguran Di Malaysia Naik Ke Tahap Tertinggi Dalam Sedekad
TERKINI : Kadar Pengangguran Di Malaysia Naik Ke Tahap Tertinggi Dalam Sedekad

610,000 Penganggur Terkini

Berdasarkan data terbaru tersebut, angka pengangguran bulan ini naik kepada 610 000 individu berbanding 521 000 yang dicatatkan pada bulan yang sama pada tahun 2019.

” Kadar pengguran yang tinggi pada bulan Mac 2020 adalah kesan negatif daripada Perintah Kawalan Pergerakan dalam pasaran buruh ” – Menurut Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin yang merupakan Ketua Jabatan Statistik Negara.

Populasi yang bekerja di Malaysia pada bulan Mac 2020 pula adalah sebanyak 15.23 juta orang, dengan 2.81 juta merupakan mereka yang bekerja sendiri termasuk peniaga di pasar dan juga pekerja freelancers.

Kadar pengangguran pada bulan Mac juga telah menyumbang kepada kadar keseluruhan pengangguran yang lebih tinggi untuk fasa pertama tahun 2020, iaitu pada kadar 3.5% secara keseluruhannya.

Mereka yang berumur antara 15-30 tahun pula merupakan mereka yang mempunyai kadar pengangguran tertinggi pada kadar 6.9%

Sementara itu, terdapat juga peningkatan yang ketara bagi mereka yang bekerja kurang daripada 30 jam seminggu iaitu seramai 1.12 juta orang berbanding 366.3 ribu orang yang dicatatkan pada Februari 2020.

Baca Juga Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button