fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

TERKINI : Malaysia Catat 140 Kes Positif COVID-19, 58 Kes Sembuh, 6 Kematian Hari Ini

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
31 Mac 2020
TERKINI : Malaysia Catat 140 Kes Positif COVID-19, 58 Kes Sembuh, 6 Kematian Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Jumlah Keseluruhan Kini Mencecah 2,766 Kes

TERKINI : Malaysia Catat 140 Kes Positif COVID-19, 58 Kes Sembuh, 6 Kematian Hari Ini. Sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan pertambahan 140 kes positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia meningkat kepada 2,766 kes.

Daripada jumlah tersebut, 94 kes kini dirawat di ICU dengan 60 daripadanya menggunakan bantuan pernafasan. Menurut KKM lagi, 80% daripada jumlah pesakit yang dirawat kini adalah dalam keadaan stabil.

TERKINI : Malaysia Catat 140 Kes Positif COVID-19, 58 Kes Sembuh, 6 Kematian Hari Ini
TERKINI : Malaysia Catat 140 Kes Positif COVID-19, 58 Kes Sembuh, 6 Kematian Hari Ini.
Sumber : KKM

6 Kematian, 5 Lelaki 1 Wanita

Sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 6 kematian dilaporkan ke CPRC Kebangsaan dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini mencecah 43 kematian atau pun 1.55% daripada keseluruhan kes.

ADVERTISEMENT

Kes kematian ke-38 (kes ke-2269) merupakan wanita tempatan 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan kontak kepada kes ke-2750. Beliau telah dirawat di HTJ Seremban pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac jam 4.04pm.

Kes kematian ke-39 (kes ke-2626) merupakan lelaki tempatan berusia 69 tahun yg mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Arab Saudi. Beliau meninggal dunia pada 27 Mac di rumah dan jenazah dibawa ke HKL.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

Kes kematian ke-40 (kes ke-2627) merupakan lelaki tempatan berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 1.03pm.

Kes kematian ke-41 (kes ke-1275) merupakan lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 1.38 pagi.

ADVERTISEMENT

Kes kematian ke-42 (kes ke-2628) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia 31 Mac, 7.09am.

Kes kematian ke-43 (kes ke-2629), lelaki tempatan 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.30pm.

TERKINI : Malaysia Catat 140 Kes Positif COVID-19, 58 Kes Sembuh, 6 Kematian Hari Ini

Walau bagaimanapun, 58 kes telah pulih sepenuhnya dan discaj dari hospital hari ini. Dengan pertambahan ini, jumlah pulih keseluruhan kini mencatatkan 537 kes pulih.

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia
Share231Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy