fbpx
Cerita Borneo

TERKINI : Malaysia Catat 142 Kes Baru COVID-19, 108 Kes Sembuh Sepenuhnya Hari Ini

Angka Sembuh Tertinggi Setakat Ini.

TERKINI : Malaysia Catat 142 Kes Baru COVID-19, 108 Kes Sembuh Sepenuhnya Hari Ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menerusi sidang media mengumumkan pertambahan sebanyak 142 kes positif baharu COVID-19. Ini menjadikan angka keseluruhan kes melonjak menghampiri 3,000 kes iaitu 2,908 kes.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 102 kes kini sedang dirawat di ICU dan 66 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Malaysia hari ini turut mencatatkan 2 kematian terbaharu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 45 kematian.

TERKINI : Malaysia Catat 142 Kes Baru COVID-19, 108 Kes Sembuh Sepenuhnya Hari Ini
TERKINI : Malaysia Catat 142 Kes Baru COVID-19, 108 Kes Sembuh Sepenuhnya Hari Ini

Kematian Melibatkan Warga Emas Lelaki Dan Wanita Di Kuala Lumpur

Kes kematian ke-44 (kes ke-193) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 4.30 pagi.

Manakala, kes kematian ke-45 (kes ke-1053) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau juga mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-486). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 10.46 malam.

TERKINI : Malaysia Catat 142 Kes Baru COVID-19, 108 Kes Sembuh Sepenuhnya Hari Ini

Walau bagaimanapun, jumlah pesakit yang sembuh kini menampakkan trend peningkatan yang ketara apabila angka kes sembuh hari ini melepasi 100 kes iaitu 108 kes sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan 654 pesakit (22.2%) daripada jumlah kes sembuh sepenuhnya setakat jam 12 tengah hari, 1 April 2020.

Terima kasih diucapkan buat semua.

Marilah kita sama-sama terus memerangi COVID-19 dengan mematuhi arahan PKP dan mengamalkan kebersihan diri yang tinggi.

Untuk perkembangan COVID 19 di Sarawak, klik pautan ini : COVID19 : 32 Kes Positif COVID19 Di Sarawak, Kes Di Kuching Melebihi 100 Kes Positif Keseluruhan

Artikel Berkaitan

Back to top button