fbpx
Cerita Borneo

TERKINI : Malaysia Catat 156 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Keseluruhan 2,626 Kes

Tambahan 3 Lagi Kematian Hari Ini

TERKINI : Malaysia Catat 156 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Keseluruhan 2,626 Kes. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi sidang media rutin jam 5 petang hari ini telah mengumumkan perkembangan terbaru COVID-19 di Malaysia. Sebanyak 156 kes positif baharu telah dikesan menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,626 kes.

Daripada jumlah ini, sebanyak 94 kes kini dirawat di ICU dengan 62 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

TERKINI : Malaysia Catat 156 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Keseluruhan 2,626 Kes
TERKINI : Malaysia Catat 156 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Keseluruhan 2,626 Kes

Bilangan pesakit yang telah sembuh dan discaj pula kini meningkat kepada 91 orang menjadikan ianya angka kes sembuh paling tinggi setakat ini. Jumlah keseluruhan pesakit sembuh COVID-19 sehingga kini berjumlah 429 orang.

Dalam masa yang sama, 3 lagi kes kematian turut dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan menjadikan jumlah kematian setakat ini ialah 37 kematian.

1 Kematian Di Kuala Lumpur, 2 Kematian Di Sarawak

Kes kematian ke 35 (kes ke-1952) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia dan mula menunjukkan simptom 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh. Beliau meninggal dunia pada 29 Mac 2020, pada jam 4 petang.

TERKINI : Malaysia Catat 156 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Keseluruhan 2,626 Kes

Kes kematian ke-36 (kes ke-1941) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 8.10 pagi.

Kes kematian ke-37 (kes ke-2471) pula merupakan wanita tempatan berumur 46 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun. Beliau telah dirawat di Hospital Miri, Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 9.02 pagi.

Golongan Berisiko Digesa Tampil Jalani Ujian Saringan

Orang ramai yang berada dalam kontak rapat dengan peserta jemaan tabligh di Seri Petaling, pelajar di madrasah/tahfiz serta warga asing seperti Rohingya (ada antaranya menghadiri perhimpunan di Seri Petaling) adalah berisiko. Sehubungan itu, anda dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 secepat yang mungkin bagi mengelakkan penularan.

Artikel Berkaitan

Back to top button