Jumlah Keseluruhan Kes Setakat Ini Ialah Sebanyak 1,796 Kes
TERKINI : Malaysia Catat Pertambahan 172 Kes Positif Baharu COVID-19, 19 Kematian Setakat Ini. Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan perkembangan terkini kes COVID-19 di Malaysia dengan pertambahan angka sebanyak 172 kes positif baharu hari ini. Trend pertambahan yang membimbangkan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,796 kes setakat hari ini (25 Mac 2020). Daripada jumlah kes baru yang dikesan hari ini, 71 kes berasal dari kluster Sri Petaling.
TERKINI: 172 kes baru dilaporkan menjadikan 1,796 kes seluruhan termasuk 199 yang telah sembuh.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 25, 2020
45 pesakit dirawat di ICU termasuk 34 menggunakan alat bantuan pernafasan.
Drpd 172 kes baru, 71 dari kluster perhimpunan di Sri Petaling selebihnya kluster lain yang dlm siasatan.

19 Kematian, 45 Kes Dirawat Di ICU
Dalam perkembangan yang sama, jumlah kematian turut meningkat kepada 19 kematian daripada 17 kematian yang dicatatkan pada hari sebelumnya.
Kes kematian ke-18 adalah pesakit ke- 1,625 iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 56 tahun dan menghidapi penyakit kronik. Beliau dirawat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020 jam 2 pagi.
Kes kematian ke-19 pula ialah kes ke-1,246, seorang wanita tempatan berusia 68 tahun. Beliau dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail pada 19 Mac 2020 dan neninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 12.53 pagi.
Manakala sejumlah 45 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 35 orang memerlukan bantuan pernafasan.
73 Petugas Kesihatan KKM Disahkan Positif
Lebih membimbangkan, 73 petugas kesihatan kini disahkan positif COVID-19. Punca jangkitan didapati bukan daripada pengendalian pesakit di fasiliti kesihatan pesakit KKM. Daripada jumlah tersebut, 43 kes berkaitan rapat dengan sebuah majlis perkahwinan yang turut dihadiri oleh salah seorang peserta perhimpunan Sri Petaling. Manakala kes yang selebihnya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan kontak rapat pesakit.
Kakitangan hospital yang terlibat adalah seperti berikut ;
- Hospital Teluk Intan, Perak (37 orang)
- Hopital Putrajaya
- Hospital Selayang
- Hospital Raja Perempuan Zainab, Kelantan
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
73 anggota kesihatan KKM positif #COVIDー19, punca jangkitan bukan disebabkan pengendalian pesakit di fasiliti kesihatan KKM.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 25, 2020
47 kes berkaitan majlis perkahwinan yang turut dihadiri peserta perhimpunan tabligh.
Lain-lain – sejarah ke luar negara dan kontak rapat pesakit.
Kakitangan hospital yang dijangkiti #COVID19 melibatkan:
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 25, 2020
Hospital Teluk Intan, Perak, seramai 37 orang.
Selebihnya di Hospital Putrajaya, Hospital Raja Perempuan Zainab, Kelantan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Selayang.
Walau bagaimanapun, 16 pesakit COVID-19 telah sembuh dan discaj daripada hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes telah sembuh seramai 199 kes setakat hari ini.