fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Terkini Menurut Kenyataan Media Jabatan Bencana Negeri Sarawak: Sarawak Catat 16 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
30 Oktober 2020
Terkini Menurut Kenyataan Media Jabatan Bencana Negeri Sarawak: Sarawak Catat 16 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 872 kes pada 30 Oktober 2020 .

Terkini menurut kenyataan media Jabatan Bencana Negeri Sarawak: Sarawak Catat 16 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini. Seramai 7 kes telah dikesan di daerah Kuching, 7 kes di daerah Miri, 1 kes di daerah Limbang dan 1 kes di daerah Lundu.

Seramai tujuh  kes baharu telah dikesan positif COVID-19 di Daerah Kuching. Kes saringan kontak kepada Kluster Greenhill 5 kes baharu Tiga 3 kes merupakan pekerja yang bekerja di salah sebuah premis yang pernah dikunjungi oleh kes positif COVID-19. Kes-kes ini berumur dalam lingkungan 21 hingga 40 Tahun.

Dua kes adalah lelaki warganegara yang merupakan kontak sosial kepada kes di dalam kluster ini. Kesemua lima kes ini telah menjalani saringan COVID-19 antara 28 Oktober dan 29 Oktober 2020. Keputusan ujian pada 29 Oktober 2020 mendapati kelima-lima kes ini adalah positif COVID-19.

Terkini Menurut Kenyataan Media Jabatan Bencana Negeri Sarawak: Sarawak Catat 16 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Kes saringan kontak kepada Kluster Baki 1 kes baharu

Kes saringan kontak kepada Kluster Baki 1 kes baharu. Kes ini merupakan lelaki warganegara yang merupakan kontak rapat kepada Kluster Baki. Kes telah menjalani saringan COVID19 pada 28 Oktober 2020 dan keputusan ujian pada 29 Oktober mendapati kes adalah positif COVID-19.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Kes dikesan melalui lain-lain saringan 1 kes baharu yang merupakan kes wanita warganegara yang menjalankan perniagaan sendiri di Kuching. Kes menjalani saringan COVID19 di fasiliti kesihatan swasta di Kuching pada 28 Oktober 2020 kerana mengalami gejala demam dan batuk sejak 26 Oktober 2020.

Keputusan ujian saringan pada 29 Oktober 2020 mendapati kes adalah positif COVID-19. Kes ini tidak mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko jangkitan COVID-19 atau kontak kepada kes positif COVID-19. Sehingga punca sebenar jangkitan dikenalpasti, kes ini dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

Terkini Menurut Kenyataan Media Jabatan Bencana Negeri Sarawak: Sarawak Catat 16 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Seramai tujuh kes baharu telah dikesan positif COVID-19 di Daerah Miri

Seramai tujuh kes baharu telah dikesan positif COVID-19 di Daerah Miri. Kes Saringan Kontak Kepada Kluster Greenhill Kes Baharu.

Dua kes baharu ini merupakan kontak rapat kepada kes ke-834 yang dilaporkan dalam kluster ini. Kes ini mempunyai sejarah perjalanan ke Kuching pada 23 Oktober hingga 25 Oktober 2020. Sepanjang berada di Kuching, kedua kes ini telah berjumpa dengan beberapa orang kes yang telah dilaporkan dalam kluster ini.

Kedua kes ini telah menjalani saringan di fasiliti kesihatan kerajaan di Miri pada dan keputusan ujian pada 29 Oktober 2020 mendapati kes adalah positif COVID-19. Kes-kes ini dikategorikan sebagai kes yang mendapat jangkitan di luar daerah (Import C).

Kes Saringan Petugas Kesihatan 2 Kes Baharu (Miri)

Dua kes baharu ini merupakan petugas kesihatan yang bekerja di fasiliti kesihatan kerajaan di Miri yang dikesan melalui saringan petugas kesihatan. Kenyataan Media JPBN Bil 267/2020 4 Kes-kes ini telah menjalani saringan di fasiliti kesihatan kerajaan di Miri pada dan keputusan ujian pada 29 Oktober 2020 mendapati kes adalah positif COVID-19.

Kedua kes ini tidak mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko jangkitan COVID-19 atau kontak kepada kes positif COVID-19. Sehingga punca sebenar jangkitan dikenalpasti, kes ini dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

Kes Dikesan Melalui Saringan Bergejala 2 Kes Baharu (Miri)

Dua kes baharu ini adalah kes yang dikesan melalui saringan pesakit bergejala (SARI). Kes ini merupakan warganegara yang berumur 47 dan 77 tahun. Kedua kes ini tidak mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko jangkitan COVID-19 atau kontak kepada kes positif COVID-19.

Sehingga punca sebenar jangkitan dikenalpasti, kes ini dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan. Siasatan lanjut dan pengesanan kontak sedang giat dijalankan.

Kes Pulang Dari Kawasan Berisiko Jangkitan COVID19 1 Kes Baharu (Miri)

Kes merupakan seorang suri rumah yang mempunyai sejarah perjalanan ke Labuan. Kes tiba di Lapangan Terbang Miri pada 10 Oktober 2020 dan telah melengkapkan tempoh kuarantin wajib 14 hari yang berakhir pada 23 Oktober.

Keputusan ujian saringan COVID-19 pertama dan kedua bagi kes ini adalah negatif untuk COVID-19. Pada 27 Oktober 2020, kes mula mengalami tanda dan gejala. Kes telah mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke wad. Keputusan saringan ketiga kes pada 29 Oktober mendapati kes adalah positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes yang mendapat jangkitan dari luar Sarawak (Import B).

Terkini Menurut Kenyataan Media Jabatan Bencana Negeri Sarawak: Sarawak Catat 16 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Daerah Limbang 1 Kes Baharu

Kes merupakan petugas barisan hadapan yang mempunyai kontak dengan kes ke-755 yang dikesan pada 14 Oktober 2020. Kes telah menjalani arahan kuarantin wajib di pusat kuarantin di Limbang. Kes telah menjalani saringan pertama COVID-19 pada 15 Oktober 2020 dan keputusan ujian adalah negatif bagi COVID-19.

Pada 25 Oktober 2020, kes telah menjalani saringan kedua COVID-19 dan keputusan ujian pada 29 Oktober 2020 mendapati kes adalah positif COVID-19. Kes tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala. Kes telah dimasukkan ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

Terkini Menurut Kenyataan Media Jabatan Bencana Negeri Sarawak: Sarawak Catat 16 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Daerah Lundu 1 Kes Baharu

Kes merupakan seorang wanita warganegara tempatan yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah pusat penginapan di Telok Melano, Lundu di mana kes Kluster Baki pernah bermalam pada 4 dan 5 Oktober 2020. Kes tidak mengalami sebarang tanda dan gejala.

Kes telah menjalani saringan COVID-19 pada 28 Oktober 2020 dan keputusan ujian pada 30 Oktober 2020 mendapati kes adalah positif COVID-19. Kes ini dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan. Siasatan lanjut dan pengesanan kontak sedang giat dijalankan.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy