fbpx
Cerita Borneo

TERKINI : Rakyat Malaysia Yang Memasuki Sarawak Akan Dikuarantin Terlebih Dahulu

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

TERKINI : Rakyat Malaysia Yang Memasuki Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari. Susulan kes positif yang meningkat naik dengan mendadak sejak 2 minggu lepas, Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini memaklumkan perkara berikut.

A. Kemasukkan Ke Sarawak

Semua warganegara Malaysia yang datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan akan dikuarantin di hotel. Sampel akan diambil pada hari ke-2 dan sekiranya keputusan ujian PCR adalah negatif barulah mereka dibenarkan balik.

Arahan ini berkuatkuasa pada 1 sehingga 14 Ogos 2020. Manakala kemasukan rakyat Sarawak dari luar negara adalah seperti yang telah dumumkan sebelum ini adalah dikekalkan.

B. Active Case Detection : ACD

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meningkatkan pelaksanaan penjejakan kontak (Active Case Detection) di kawasan Kota Sentosa.

C. Lain Lain Keputusan

Selain keputusan yang telah dinyatakan di atas ( A, B dan C ), Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak akan mengumumkan strategi strategi lain dengan lebih terperinci setelah strategi tersebut diperhalusi.

Antara strategi strategi yang akan diumumkan adalah seperti berikut dalam masa terdekat :

1. Kawalan pegerakan antara daerah
2. Pengurangan jumlah penerbangan
3. Mengurangkan tempoh masa operasi perniagaan

Pembukaan Politeknik Kuching ditangguhkan

Politeknik Kuching, Sarawak juga akan menangguhkan pembukaan bagi sesi pengajian JUN 2020 yang melibatkan kira kira 825 orang pelajar baru dan juga 3538 orang pelajar senior.

Kekal waspada, gais!

Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak turut menasihati orang awam agar kekal waspada dan mengamalkan saranan dan nasihat kesihatan yang diberikan.

Rakyat Sarawak disarankan untuk mengamalkan SOP iaitu :
S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan
P: Penjarakan sosial diamalkan pada setiap masa iatu sekurang-kurangnya 1 meter.

TERKINI : Rakyat Malaysia Yang Memasuki Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari
TERKINI : Rakyat Malaysia Yang Memasuki Sarawak Akan Dikuarantin 14 Hari

Baca juga artikel lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close