fbpx
Cerita Borneo

Terkini : Sarawak Catat 15 Kes Baharu Positif COVID19, 288 Keseluruhan Setakat Ini

Statistik terbaru dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

Terkini : Sarawak Catat 15 Kes Baharu Positif COVID19, 288 Keseluruhan Setakat Ini. Sarawak hari ini merekodkan lima belas (15) lagi kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 288 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020. Daripada 15 kes tersebut, 14 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan 1 kes dirawat di Hospital Miri

Terkini : Sarawak Catat 15 Kes Baharu Positif COVID19, 288 Keseluruhan Setakat Ini
Terkini : Sarawak Catat 15 Kes Baharu Positif COVID19, 288 Keseluruhan Setakat Ini

92 Kes Baharu Person Under Investigation

Pada hari ini, sebanyak 92 kes baharu Person Under Investigation (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,797 kes. Daripada jumlah itu, 1,409 kes adalah negatif dan 100 kes PUI masih menunggu keputusan makmal. Bagi kes PUI di Daerah Kuching pada hari ini, sebanyak 41 kes PUI telah disaring dimana 8 kes PUI telah disaring di Kompleks Belia dan Sukan dan 33 kes PUI telah disaring di Hospital Umum Sarawak.

Statistik Kes PUI baharu mengikut Daerah Adalah Seperti Berikut

DaerahKes
Kuching41
Betong14
Serian13
Miri11
Samarahan5
Bintulu5
Asajaya1
Saratok1
Tebedu1
Jumlah92

Taburan Kes Positif COVID19 di Sarawak adalah seperti gambar rajah di bawah :

Terkini : Sarawak Catat 15 Kes Baharu Positif COVID19, 288 Keseluruhan Setakat Ini

Kadar Pematuhan PKP Pada 96.3%

Siaran Media Jawatankuasa Bencara Negeri Sarawak turut memaklumkan keadaan keselamatan di Sarawak berada di dalam keadaan yang terkawal dengan kadar pematuhan PKP 96.3%. Semua agensiagensi yang terlibat dengan operasi PKP terus melaksanakan kawalan dan pemantauan di negeri Sarawak bagi mengekang
penyebaran COVID-19.

Artikel Berkaitan

Back to top button