fbpx
Cerita Borneo

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian COVID19, 6 Kes Baru Positif Dan 32 PUI Hari Ini

Statistik tersebut dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian COVID19, 6 Kes Baru Positif Dan 32 PUI Hari Ini. Sarawak mencatatkan pertambahan 6 kes positif baru COVID19 hari ini, mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak. Jumlah kes positif COVID19 di Sarawak setakat ini adalah 82 kes. Kesemua kes baharu ini disaring atau dirawat di Hospital Umum Sarawak.

32 kes baru Person Under Investigation

Pada hari ini juga , sebanyak 32 kes baru Person Under Investigation (PUI) jangkitan COVID-19 yang dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 827 kes. Daripada jumlah itu, 718 kes adalah negatif dan 27 kes PUI masih menunggu keputusan makmal. Sarawak juga telah merekodkan dua (2) lagi kes kematian akibat COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah mangsa terkorban COVID-19 seramai lima (5) orang.

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian COVID19, 6 Kes Baru Positif Dan 32 PUI Hari Ini

Mangsa keempat COVID19 Sarawak merupakan seorang lelaki dan merupakan anak kepada mangsa kematian COVID-19 yang kedua. Kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 dan disahkan COVID19 pada 20 Mac 2020. Kes telah meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Mangsa kelima COVID19 Sarawak pula perempuan yang merupakan kontak rapat kepada jemaah tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling. Kes dimasukkan di di Hospotal Limbang sebelum dipindahkan ke Hospital Miri. Kes telah meninggal pada 23 Mac 2020.

Artikel Berkaitan

Back to top button