fbpx
Cerita Borneo

TERKINI : Sarawak Catat 8 Lagi Kes Penularan Tempatan, Kesemua Dari Kluster Sentosa

#artikel telah dikemaskini

TERKINI : Sarawak Catat 8 Lagi Kes Penularan Tempatan, Kesemua Dari Kluster Sentosa. Sarawak hari ini mencatatkan 8 kes penularan tempatan yang dikesan melalui kes dari kluster Sentosa, menurut kemaskini terkini yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Difahamkan juga terdapat 1 kes import warganegara dari Australia dicatatkan di Sarawak hari ini.

Menurut kemaskini dari Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak pula, secara keseluruhannya terdapat 9 kes yang dicatatkan di Sarawak hari ini, 6 kes dicatatkan di Kuching dan 3 kes lagi dicatatkan di Kota Samarahan.

Kes import tersebut merupakan seorang warganegara yang balik dari Perth, Australia dan dikesan positif selepas menjalani ujian semasa kuarantin wajib diadakan.

Kes penularan tempatan pula adalah kes kontak rapat dari kluster sentosa yang melibatkan seramai 5 orang lelaki dan 3 orang wanita. Kesemua mereka tidak menunjukkan sebarang simptom.

Setakat hari ini juga seramai 634 orang telah disaring untuk diambil swab dari kluster sentosa dan seramai 16 orang disahkan positif. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Bagi kontak yang melibatkan petugas kesihatan, mereka akan diulang saringan pada hari Ke-3 dan hari Ke-13 sebelum diberi Perintah Pelepasan (Release order) dan kembali bertugas. Untuk kontak bukan Petugas Kesihatan, mereka akan diulang saringan pada hari Ke-13 sebelum diberi Perintah Pelepasan (Release order) jika keputusan adalah negatif.

Setakat hari ini juga terdapat 8 kluster yang masih aktif di Sarawak iaitu :

a)Kluster Syarikat Kejuruteraaan: kekal tiga (3) kes
b)Kluster Mambong: kekal lima (5) kes
c) Kluster Pusat Perubatan: kekal tiga (3) kes
d)Kluster Jupiter: kekal tiga (3) kes
e)Kluster Pasar Stutong: kekal tujuh (7) kes
f) Kluster Jeti Kuching: kekal dua (2) kes
g)Kluster Sentosa: penambahan lapan (8) kes menjadikan jumlah 16
kes
h)Kluster PUI Melbourne: kekal dua (2) kes

Dimaklumkan juga tiada kes baru yang telah sembuh dan discaj dari
Hospital hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19
yang telah sembuh dan discaj kekal sebanyak 556 orang atau 86.74%.

Seramai 67 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital dan
jumlah kematian kekal 18 orang atau 2.81%. Hari ini sebanyak 18 PUI baru dilaporkan dan 5 kes masih menunggu ujian
makmal.

Baca juga artikel lain hari ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button