fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

TERKINI: Sempadan Sabah Ditutup, Perjalanan Penting Hanya Dibenarkan

Kedung BK Oleh Kedung BK
6 Oktober 2020
TERKINI: Sempadan Sabah Ditutup, Perjalanan Penting Hanya Dibenarkan
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Pengumuman dari Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)

TERKINI: Sempadan Sabah Ditutup, Perjalanan Penting Hanya Dibenarkan. Sabah telah menutup sempadannya dengan orang bukan warga Sabah kecuali mereka yang menyediakan perkhidmatan penting, pelajar dan penjawat awam untuk menghentikan penyebaran Covid-19.

Kerajaan akan mengenakan sekatan rentas negeri di Sabah mulai pada 7 Oktober 2020 hingga 20 Oktober ini.

TERKINI: Sempadan Sabah Ditutup, Perjalanan Penting Hanya Dibenarkan
TERKINI: Sempadan Sabah Ditutup, Perjalanan Penting Hanya Dibenarkan

Hanya warga Malaysia yang mempunyai kod ‘H’ di IC dibenarkan masuk ke Sabah

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau mengatakan bahawa kebenaran diberikan kepada rakyat Sabah, pasangan yang memiliki pas imigresen sah atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak, pekerja bidang perkhidmatan yang mempunyai pas imigresen sah, pelajar, pekerja perkhidmatan awam persekutuan yang berkhidmat di Sabah serta pemastautin tetap Sabah.

ArtikelBerkaitan

Setinggi RM130 Seorang, Netizen Kongsi Kos Upah ‘Cekik Darah’ Untuk Bantu Isi enterSarawak

Hutan Kokol Hobbiton Tawarkan Pengalaman Ala-Ala Di England

Bagi mereka yang sedang berada di Sabah, mereka tidak akan dibenarkan meninggalkan negeri itu kecuali untuk kecemasan atau tugas rasmi (perkhidmatan). Kedua-dua keadaan ini perlu mempunyai kebenaran Kementerian Kesihatan.

Sementara warga Malaysia yang mempunyai kod ‘H’ di MyKad dibenarkan masuk ke Sabah, warga asing yang mempunyai kad MyPR dengan kod ‘H’ serta kad izin masuk atau izin sokongan di pasport mereka juga akan dibenarkan masuk.

TERKINI: Sempadan Sabah Ditutup, Perjalanan Penting Hanya Dibenarkan
Hanya warganegara yang mempunyai kod ‘H’ sahaja dibenarkan masuk Sabah.

Mereka yang menyediakan perkhidmatan penting, penjawat awam dan pelajar juga dibenarkan masuk dengan dokumen yang sah.

Bagi mereka yang ingin memasuki Sabah, mereka harus mendapatkan kebenaran dari Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP) Sabah.

Setakat semalam, Sabah adalah negeri dengan jumlah kes Covid-19 yang paling aktif

Pada tengah hari semalam, Sabah mencatatkan jumlah kesuluruhan kes Covid-19 sebanyak 1,334 kes. Jumlah ini sedikit lebih separuh daripada 2,336 kes keseluruhan aktif di Malaysia pada masa ini.

Empat daerah di Sabah kini mempunyai kes aktif tiga angka – Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kota Kinabalu.

Penduduk keempat-empat daerah ini, bersama dengan penduduk dari Penampang, Kunak, dan Putatan, kini di bawah perintah TEMCO di mana kebanyakan perniagaan diarahkan untuk tutup kecuali perniagaan yang menyediakan perkhidmatan penting.

Larangan rentas daerah telah dikenakan ke atas 19 daerah di Sabah.

Lagi di sini:

SUMBER : MalaysiaKini
Share136Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy