fbpx
Cerita Borneo

Terkini : Tidak Pernah Terjadi Dalam Sejarah, Harga Minyak Mentah WTI Turun Ke Paras Negatif

Harga minyak mentah WTI jatuh sehingga paras -$40.32 setong

Terkini : Tidak Pernah Terjadi Dalam Sejarah, Harga Minyak Mentah WTI Turun Ke Paras Negatif. Harga Minyak Mentah WTI, iaitu West Texas Intermediate hari ini telah jatuh ke paras terendah dalam sejarah dunia apabila didagangkan serendah -$40.32 setong, jatuh sebanyak 250%.

Terkini : Tidak Pernah Terjadi Dalam Sejarah, Harga Minyak Mentah WTI Turun Ke Paras Negatif
Terkini : Tidak Pernah Terjadi Dalam Sejarah, Harga Minyak Mentah WTI Turun Ke Paras Negatif

Pengeluar ‘Perlu Membayar’ Kepada Pengguna Untuk Mengeluarkan Minyak Mereka

Menurut laporan laporan dari portal kewangan antarabangsa seperti Financial Times, memetik penurunan harga minyak WTI ini menyebabkan pengeluar ‘perlu membayar’ kepada pengguna untuk mengeluarkan minyak daripada stok simpanan mereka. Kejatuhan harga tersebut menjadi satu tamparan hebat buat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang selama ini berusaha keras untuk melindungi sektor minyak termasuk menyokong gerakan OPEC dan Rusia untuk memotong pengeluaran bagi menstabilkan harga minyak.

Kejatuhan harga ini dikatakan berkait dengan isu tiada tempat simpanan minyak, selepas turunnya permintaan secara mendadak sejak baru baru ini.

Harga minyak mentah Brent pula jatuh ke paras $25 setong

Harga minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa pula turun 9% ke paras terendah $25, di mana ianya kurang dipengaruhi oleh isu tiada ruang simpanan.

“Masih banyak minyak mentah di lautan sekarang yang menuju kilang yang tidak memerlukannya,”

Helima Croft, Ketua Strategi Komoditi Global, RBC Capital

Masalah sebenar ketidakseimbangan penawaran dan pemintaan (supply and demand) di pasaran dunia telah mula menampakkan kesan pada harga minyak minyak mentah

Bjornar Tonhaugen, Ketua Pasaran Minyak, Rystad Energy

Perbezaan harga minyak mentah Brent dan WTI juga mula menampakkan jurang yang lebih besar, di mana perbezaan ketara boleh dilihat bermula pada 4 April 2020 yang lalu, sebelum harga minyak WTI jatuh ke paras negatif hari ini.

Perbezaan Ringkas Antara Minyak Mentah WTI dan Brent

Minyak mentah West Texas Intermediate adalah penanda aras harga minyak di Amerika Syarikat, di mana asas perdagangan minyak ini adalah bergantung kepada permintaan dan penawaran serta ianya juga bergantung kepada faktor ruang simpanan di serata negara tersebut.

Minyak mentah Brent pula adalah penanda aras harga minyak dunia, termasuk negara arab dan juga Malaysia. Harga minyak Brent digunapakai oleh OPEC, badan yang diwakili oleh 13 buah negara pengeksport terbesar di dunia.

Dengan penurunan permintaan dari serata dunia yang dijangka kekal selama beberapa bulan lagi, harga minyak dijangka akan terus rendah dan akan memberi impak pada negara negara yang bergantung pada pengeluaran minyak sebagai hasil utama negara mereka.

Baca Lagi Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close