fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Terlalu Gian Nak Berhibur Masa PKPB, 31 Orang Ditahan Di Pusat Hiburan Di Kuching

iloveborneo Oleh iloveborneo
16 Mei 2020
Terlalu Gian Nak Berhibur Masa PKPB, 31 Orang Ditahan Di Pusat Hiburan Di Kuching
Share on FacebookShare on Twitter

31 orang individu telah ditangkap

Terlalu Gian Nak Berhibur Masa PKPB, 31 Orang Ditahan Di Pusat Hiburan Di Kuching. 31 orang individu termasuk 10 orang warga asing ditangkap dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Green Height, Kuching.

Terlalu Gian Nak Berhibur Masa PKPB, 31 Orang Ditahan Di Pusat Hiburan Di Kuching
Terlalu Gian Nak Berhibur Masa PKPB, 31 Orang Ditahan Di Pusat Hiburan Di Kuching

Pihak polis dapat laporan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong, mereka melakukan sebuan selepas mendapat laporan mengatakan pusat hiburan tersebut beroperasi.

Pusat hiburan, kelab malam tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Menurut beliau lagi, kesemua yang ditangkap pada operasi itu juga dipercayai dibawah pengaruh alkohol.

“Seramai 21 orang adalah lelaki termasuk dua warga asing dan 10 lagi merupakan wanita warga asing dengan kesemua mereka berusia lingkungan 15 hingga 55 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana ingkar PKPB

7 wanita warga asing gagal tunjukkan dokumen perjalanan sah

Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tujuh daripada wanita warga asing terbabit gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar memberi amaran kepada pengusaha sektor ekonomi yang tidak dibenarkan beroperasi ketika PKPB agar mematuhi undang-undang, demi menyokong usaha semua pihak membasmi COVID-19

Tambah beliau lagi, 14 agensi kerajaan yang menjadi pasukan pemantau diketuai PDRM menjalankan pemeriksaan setiap hari. Tangkapan akan dilakukan terhadap mana-mana orang yang terlibat dalam aktiviti terlarang dalam tempoh PKPB

Sebelum ini, sebuah bistro di Sabah juga telah diserbu :

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO dedahkan sebuah realiti yang kita semua terpaksa terima :

SUMBER : Utusan Borneo
Share13317Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy