Berlaku di Kota Kinabalu, Sabah
Terpaksa Jadi Pemandu Grab Sepenuh Masa, Pendapatan Pemandu Ini Mengejutkan Pelanggan. Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi kisah beliau menerusi Twitter mengenai kisahnya menumpang seorang pemandu Grab di Kota Kinabalu, Sabah.

Bermula dari perbualan kecil
Iffat Salleh, pengguna Twitter terbabit, mulakan perbualan antara beliau dengan pemandu Grab sebagai perbualan kecil memandangkan perjalanan masih jauh. Ya lah, pelik juga kalau sepanjang masa sunyi-sepi je kan?
Tadi naik grab, tanya soalan cliche
— Iffat Salleh (@iffatsalleh) August 25, 2020
"Buat fulltime ke bang?"
"Ya, kena buang kerja, buat fulltime", jawabnya.
"Buat fulltime grab, okay ke income?", Aku tanya lagi
"Okay sangat. Ada la hikmah kena buang kerja. Masuk bidang ehailing seronok juga la", katanya sambil tersenyum
Beliau bertanya soalan cliche iaitu adakah pekerjaan pemandu Grab adalah pekerjaan sepenuh masa untuk lelaki itu.
Lelaki itu kemudian berjawab beliau buat sepenuh masa akibat dibuang kerja.
Iffat lalu bertanya adakah pendapatan hasil dari memandu Grab cukup untuk menampungnya. Lelaki itu kemudian berjawab ia “okay sangat.” Menurut pemandu itu, beliau menganggap ada hikmah kena buang kerja dan beliau seronok masuk dalam bidang e-hailing.
Fikir gaji tak cukup, rupa-rupanya…
Iffat kemudian soal berapa pemandu itu dapat sebulan. Pemandu grab itu lalu berjawab dalam sekitar RM800, memandangkan zaman sekarang tak boleh ada permintaan lebih.
Terkejut dengan nilai itu, Iffat bersangka permintaan e-hailing di Kota Kinabalu sangat teruk kerana berpendapat RM800 itu adalah gaji sebulan pemandu Grab berkenaan. Beliau kemudian bertanya adakah gaji tersebut cukup untuk menampung keluarga pemandu itu.
Jawapan pemandu itu cukup mengejutkan Iffat.
“RM800 seminggu, sebulan sekitar RM3000+ juga la. Cukup dah, lebih dari gaji lama saya masa kerja dahulu,” jawab pemandu tersebut.
RM3000 lebih sebulan, you!

Mengguna pengalaman pemandu itu sebagai pengajaran kepada orang lain
Meskipun terkejut dengan pendapatan pemandu itu, beliau memujikan pemandu itu yang senang beradaptasi dengan situasi.
“Aku ingat dia nak mengeluh dibuang kerja, tapi hati dia nampak kental. Dibuang kerja memang sedih dan tertekan. Tapi hidup perlu diteruskan. Rezeki ada di mana-mana,” kata Iffat dalam ciapan beliau.
Beliau kemudian memberi kata-kata semangat serta nasihat kepada orang ramai,
“Yang masih bekerja, bersyukurlah. Yang dibuang kerja, cepat-cepat beradaptasi. Yang rugi perniagaan, cepat-cepat bangkit. Yang tak buat apa-apa, tinggal di sana!”
Pemandu e-hailing lain tampil dedahkan pengalaman masing-masing
Tinjauan atas komen bebenang yang diulang kicau sebanyak 5.1k itu mendapati beberapa pemandu e-hailing yang tampil kongsi pengalaman mereka.
Saya pun grab jugak. Grabfood. Lembah klang. Ni lah pendapatan sehari. Biasa lah. Kerja rider macam saya ni comot sikit. Orang pndang lekeh lah sikit nak buat menantu. Bahajaha pic.twitter.com/brL2et5Laa
— Mamanda Rudy 🇲🇾 (@rudyakhbar) August 26, 2020
Dan bagi mana yg tercari kerja part time yg berbaloi atau tengah tunggu kerja tetap nah aku suggest kerja rider foodpanda. Ni income aku untuk seminggu bukan sebulan dan paling peting dekat kedah woi bukan kl 😂 bukan nak menunjuk cuma sekadar berkongsi. 👍🏻 pic.twitter.com/vq5daw6cYP
— jang (@ariffdzlh) August 26, 2020
Saya pon bawak Grab. Tp skrg mmg susah skit tak macam dulu. Nak dpt rm3000 sebulan bersih tu, kau kne bawak kereta minimum 12jam sehari.
— Kilojoule (@TajolAskat) August 26, 2020
Waktu ekonomi okay, sehari collect 2-3 ratus pun takde masalah. Cuma kena rajin aje lah. And then communicate well untuk remain 5 star ⭐️ . pic.twitter.com/SRRo4k8bzJ
— Amir Izzuddin 🇲🇾 (@izzuddinamir27) August 26, 2020
Ada lagi pic.twitter.com/nBFOjFnJpc
— Mamanda Rudy 🇲🇾 (@rudyakhbar) August 26, 2020
not bad pic.twitter.com/OTUMtlkLzQ
— el (@izellismael) August 26, 2020
Kepada mereka yang terjejas pada zaman ini, semoga urusan anda semua dipermudahkan. Keep hustling!