fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Tetap Bersemangat Walaupun Hidap Kanser Tahap 4, Pelajar Dari Kuching Ini Dianugerah Ijazah Khas

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
20 Ogos 2020
Tetap Bersemangat Walaupun Hidap Kanser Tahap 4, Pelajar Dari Kuching Ini Dianugerah Ijazah Khas
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tahniah!

Tetap Bersemangat Walaupun Hidap Kanser Tahap 4, Pelajar Dari Kuching Ini Dianugerah Ijazah Khas. Hanya individu yang benar-benar cekal dan berazam sahaja mampu untuk mengikuti pengajian walau pun berada dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan.

Begitulah jua semangat yang ditunjukkan oleh pelajar lelaki ini.

ADVERTISEMENT

Sebuah universiti swasta di Sibu, Sarawak telah mengurniakan gelaran ijazah sarjana muda khas kepada seorang pelajarnya, Phu Joon Meng. Pelajar yang berusia 23 tahun tersebut dikatakan telah bertarung dengan kanser otak sejak setahun yang lalu.

Tetap Bersemangat Walaupun Hidap Kanser Tahap 4, Pelajar Dari Kuching Ini Dianugerah Ijazah Khas
Tetap Bersemangat Walaupun Hidap Kanser Tahap 4, Pelajar Dari Kuching Ini Dianugerah Ijazah Khas.
Phu bersama ibu dan bapanya

Ijazah sarjana muda khas atau ijazah aegrotat tersebut dikurniakan kepada Phu atas keazamannya untuk tetap meneruskan pengajian seperti biasa walau pun berada di peringkat akhir kanser otak.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Ijazah aegrotat pertama dikurniakan sepanjang sejarah universiti berkenaan

Menurut naib canselor universiti berkenaan, Prof Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, penganugerahan ijazah aegrotat itu adalah yang pertama sepanjang sejarah penubuhan universiti berkenaan.

ADVERTISEMENT

Anugerah tersebut didedikasikan kepada pelajar istimewa atas sebab yang istimewa. Phu dikurniakan anugerah khas ijazah aegrotat dalam bidang pengajiannya iaitu Ijazah Sarjana Muda Juruukur Bahan.

Untuk pengetahuan anda, ijazah aegrotat ialah ijazah yang dikurniakan kepada seseorang pelajar yang tidak dapat menamatkan pengajian dan menduduki peperiksaan kerana masalah kesihatan yang serius.

ADVERTISEMENT

Ijazah aegrotat diberikan kepada seseorang pelajar dengan pertimbangan bahawa pelajar tersebut telah menyempurnakan kursus dan peperiksaan, dan telah memenuhi syarat kelayakan bergraduat.

Penganugerahan kepada Phu tersebut adalah untuk menghargai keazamanannya yang telah tekun belajar walau pun menghidap penyakit di tahap yang paling serius.

Phu merupakan instruktor tali pinggang hitam Taekwando

Phu telah memasuki program Juru ukur pada April 2017 di kampus Sibu setelah menamatkan pengajian diploma dalam bidang yang sama. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti kokurikulum serta merupakan instruktor tali pinggang hitam Kelab Taekwando.

Malangnya, Phu telah didiagnos dengan kanser otak semasa berada di semester terakhir dan terpaksa menangguhkan pengajiannya untuk menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Didiagnos kanser otak, sering pening kepala dan muntah

Phu pada awalnya sering mengalami pening kepada dan berasa lemah setelah menjalani latihan Taekwando. Namun demikian, beliau menyedari keadaannya semakin teruk apabila sering pening kepala dan muntah-muntah.

Setelah dirujuk ke Hospital Sibu dan kemudiannya Hospital Umum Sarawak, beliau akhirnya disahkan menghidap kanser otak dan menjalani pembedahan pembuangan tumor pada Jun tahun lepas.

Gagah ikuti kelas online semasa dalam perjalanan ke hospital

Tetap Bersemangat Walaupun Hidap Kanser Tahap 4, Pelajar Dari Kuching Ini Dianugerah Ijazah Khas
Sumber : FB University College of Technology Sarawak

Pada awal Februari tahun ini, Phu kembali menyambung pengajian dan sanggup mengikuti kelas pengajian online walau pun semasa beliau dalam perjalanan ke hospital.

Jelas ibu bapa Phu pula, mereka berasa risau pada awalnya kerana Phu tidak berada di Kuching semasa mengetahui keadaan anak mereka. Selepas menerima rawatan di HUS, Phu juga segera kembali ke Sibu untuk menyambung pengajian.

Walau bagaimanapun, sel kanser telah merebak ke seluruh tubuh Phu. Saranan doktor untuk menghentikan rawatan dan meneruskan baki kehidupan dengan gembira dan memuaskan telah diterima oleh Phu walau pun ia adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan dan membuatnya sedikit tertekan.

Phu mengucapkan terima kasih kepada pihak universiti atas kesempatan anugerah ijazah aegrotat tersebut walau pun tidak berpeluang untuk bergraduat bersama-sama rakan yang lain.

Selamat maju jaya dan semoga dikurniakan kesembuhan seperti sedia kala buat Phu! Amin.

Baca juga artikel lain :

Share63Tweet39SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy