fbpx
Cerita Borneo

Tiada Akses Jalan Dekat, Penduduk Terpaksa Ke Jeti Dapatkan Internet Untuk Belajar Di Kampung Semilang Kuching

Kampung ini hanya dipisahkan oleh sebatang sungai dari Pusat Perindustrian Demak Laut.

Tiada Akses Jalan Dekat, Penduduk Terpaksa Ke Jeti Dapatkan Internet Untuk Belajar Di Kampung Semilang Kuching. Bayangkan jika anda terpaksa berkumpul di suatu tempat hanya untuk mendapatkan akses internet. Pasti ia adalah sesuatu yang tidak menyenangkan, apatah lagi zaman ini segala-galanya memerlukan capaian internet untuk melakukan apa-apa urusan termasuklah sesi pembelajaran.

Lebih menyedihkan, kawasan perkampungan tidak jauh dari Demak Laut dilaporkan masih lagi tidak mempunyai akses internet yang berkualiti. Terbaharu, sekumpulan pelajar terpaksa berkumpul di jeti kampung tersebut semata-mata untuk mendapatkan akses internet untuk melaksanakan pembelajaran atas talian.

Tiada Akses Jalan Dekat, Penduduk Terpaksa Ke Jeti Dapatkan Internet Untuk Belajar Di Kampung Semilang Kuching
Sumber : FB Yasin HjBolhassan

Masih dibelenggu capaian internet yang tidak berkualiti

Masalah akses internet yang tidak memuaskan ternyata masih membelenggu penduduk di Kampung Semilang. Malah, masalah ini sebenarnya bukan berlaku terhadap penduduk Kampung Semilang sahaja. Tetapi juga seluruh penduduk di Kepulauan Tanjung Embang.

Untuk pengetahuan anda, Kampung Semilang terletak di Tanjung Embang dan berada tidak jauh dari Demak Laut dan Bandaraya Kuching yang membangun dan makmur.

Kawasan kepulauan Tanjung Embang terletak di seberang Kampung Senari dan Muara Tebas. Ia merangkumi 4 buah kampung iaitu Kampung Beradik, Kampung Semilang, Kampung Tiang Api, dan Kampung Beradik Cina.

Tiada Akses Jalan Dekat, Penduduk Terpaksa Ke Jeti Dapatkan Internet Untuk Belajar Di Kampung Semilang Kuching
Tiada Akses Jalan Dekat, Penduduk Terpaksa Ke Jeti Dapatkan Internet Untuk Belajar Di Kampung Semilang Kuching

Kebanyakan penduduk di sini juga bekerja sebagai pekerja kilang dan pekebun.

Hanya sebatang sungai sahaja yang memisahkan kawasan tersebut dengan pusat perindustrian Demak Laut.

Akses jalan ke seberang Kuching masih guna bot dan perahu tambang

Sehingga kini, satu-satunya akses utama ke kampung-kampung tersebut dari kawasan seberang Kuching masih menggunakan bot dan perahu tambang yang diusahakan secara persendirian. Jika ada yang memiliki motosikal, kenderaan tersebut terpaksa diangkut menggunakan bot tambang dengan bayaran sebanyak RM 4.

Tiada Akses Jalan Dekat, Penduduk Terpaksa Ke Jeti Dapatkan Internet Untuk Belajar Di Kampung Semilang Kuching
Sumber : FB RoyClare Ashtine Azekiel

Tiada 4G, 3G, hanya capaian internet H+ sahaja

Menurut salah seorang penduduk asal kampung tersebut, walau pun mempunyai capaian talian telekomunikasi asas, akses internet nya pula hanya terhad kepada capaian H+ sahaja berbanding 3G. Apatah lagi capaian 4G.

Bagi kampung-kampung yang terletak di seberang sungai Kampung Senari atau Muara Tebas, akses internet 4G boleh didapatkan tetapi bergantung kepada jarak dan keadaan cuaca seperti tiupan angin dan sebagainya.

Untuk mendapatkan akses internet yang agak kuat, penduduk dari keempat-empat kampung ini harus berkumpul di jeti kampung tersebut yang terletak di seberang Kampung Senari dan Kampung Sejingkat.

Keadaaan ini sudah tentu menyukarkan rutin harian sebanyak lebih kurang 1800 penduduk kampung terutamanya kepada golongan pelajar yang terpaksa meneruskan pembelajaran atas talian buat sementara waktu.

Sumber : FB Yasin HjBolhassan

Bayangkan sahaja jika kawasan tidak jauh dari bandar masih mempunyai capaian tidak memuaskan seperti ini, apatah lagi nasib kawasan pedalaman yang sukar dicapai dan tiada bekalan elektrik?

Semoga pihak berwajib membuka mata dan sedar bahawa sesebuah negeri tidak akan dapat mencapai kemajuan sekiranya semua kawasan masih belum mendapat bekalan asas yang berkualiti, termasuklah akses jalan dan internet.

Lagi cerita seperti ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button