fbpx
Cerita Borneo

Tiada ATM di Pakan, Penduduk Beratur Panjang Di Balai Polis Dapatkan Permit Untuk Cucuk Duit Di Sarikei

Terpaksa turun ke Sarikei untuk cucuk duit

Tiada ATM di Pakan, Penduduk Beratur Panjang Di Balai Polis Dapatkan Permit Untuk Cucuk Duit Di Sarikei. Terkini, dilaporkan lebih 100 orang beratur di hadapan Balai Polis Pakan beberapa hari lepas untuk mendapatkan permit perjalanan ke Sarikei seperti yang dikehendaki di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebab utama penduduk turun ke Sarikei adalah untuk mengambil wang dan isi kenderaan kerana tiada wujudnya stesen minyak di Pakan.

Tiada ATM di Pakan, Penduduk Beratur Panjang Di Balai Polis Dapatkan Permit Untuk Cucuk Duit Di Sarikei

Para penjual di Pakan tidak menerima pembayaran secara talian

Selain tiada stesen minyak serta ATM untuk kemudahan penduduk, para penjual di Pekan Pakan tidak menyediakan mesin debit kad ataupun pembayaran secara talian seperti Boost dan Sarawak Pay. Ini turut memaksakan penduduk untuk menggunakan wang kertas sebagai mod pembayaran namun dengan tiadanya ATM di pekan, penduduk terpaksa turun ke Sarikei semata-mata untuk cucuk duit dan tindakan ini memerlukan penduduk untuk melawati balai polis agar mendapatkan permit untuk pergi ke Sarikei.

“Kami mesti pergi ke Sarikei kerana kami tidak mempunyai stesen minyak di Pakan untuk mengisi semula tangki kenderaan dan kami juga tidak mempunyai ATM untuk membolehkan kami mengeluarkan wang kami,” luah seorang penduduk Pakan.

Seorang lagi penduduk kampung berkata selain daripada mengeluarkan wang dan mengisi tangki kenderaan, sesetengah daripada mereka dikehendaki untuk pergi ke Sarikei untuk menghadiri temujanji perubatan.

Ketua Polis Daerah Julau, DSP Ismuni Umar berkata beliau menyedari situasi itu dan telah mencadangkan kepada penduduk Pakan untuk pergi ke Julau kerana terdapat satu ATM di kawasan tersebut.

Menggesa kerajaan untuk menggantung keperluan permit untuk perjalanan dari Pakan ke Sarikei

Sehubungan dengan situasi terbabit, Parti Sarawak Bersatu (PSB) telah meminta kerajaan untuk mengambil tindakan segera untuk mengecualikan penduduk Pakan untuk memohon permit perjalanan ke Sarikei.

“Ia tidak masuk akal untuk memaksa orang untuk berkumpul bersama semasa pandemik ini. Tindakan ini membuat penghinaan terhadap PKP dan usaha untuk membendung wabak ini,” kata seorang wakil PSB.

PSB berkata syarat ini menimbulkan kesulitan tambahan bagi penduduk miskin di Pakan yang sudah mengalami kekurangan stesen minyak dan ketiadaan ATM di Pakan.

“Kenapa menyukarkan lagi kehidupan mereka semasa krisis ini?” kata mereka lagi.

Berhubung dengan penduduk dinasihatkan untuk pergi ke Julau untuk tujuan cucuk duit, DSP Ismuni Umar telah merayu kepada bank berkenaan untuk memastikan ATM yang satu-satunya di Julau berada dalam mod operasi pada setiap masa untuk kemudahan penduduk tempatan.

Artikel Berkaitan

Back to top button