fbpx
Cerita Borneo

Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah, Rakyat Pulang Dari Luar Negara Wajib Jalani Kuarantin Di Pusat Kuarantin

Kuarantin wajib selama 14 hari.

Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah, Rakyat Pulang Dari Luar Negara Wajib Jalani Kuarantin Di Pusat Kuarantin. Susulan peningkatan kes import secara mendadak di negara ini, kerajaan hari ini memutuskan untuk menguatkuasakan kembali peraturan kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin kepada rakyat Malaysia serta warga asing yang memasuki negara ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media harian hari ini.

Peraturan tersebut berkuatkuasa bermula 24 Julai 2020 (Jumaat) dan terpakai untuk semua warganegara Malaysia serta warga asing yang pulang ke negara ini.

Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah, Rakyat Pulang Dari Luar Negara Wajib Jalani Kuarantin Di Pusat Kuarantin

Mereka akan diletakkan selama 14 hari di pusat pengasingan yang disediakan.

Kos kuarantin ditanggung sepenuhnya oleh individu yang dikuarantin

Jelasnya lagi, kos kuarantin sama ada di Institut Latihan Awam (ILA) atau hotel terpilih akan ditanggung sepenuhnya oleh individu berkenaan seperti yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini.

Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah, Rakyat Pulang Dari Luar Negara Wajib Jalani Kuarantin Di Pusat Kuarantin
Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah, Rakyat Pulang Dari Luar Negara Wajib Jalani Kuarantin Di Pusat Kuarantin

Perkara tersebut juga telah dipersetujui semasa Mesyuarat Khas Menteri untuk Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Rakyat pulang dari luar negara dilihat minum santai di restoran sambil pakai gelang merah jambu

Beberapa hari ini, tular sebuah gambar warganegara yang masih memakai gelang merah jambu sedang makan di sebuah restoran di luar. Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dianggap membahayakan keselamatan orang lain yang telah berusaha mengelakkan jangkitan pandemik.

Individu yang memakai tag gelang merah jambu tersebut merupakan individu yang baru pulang dari luar negara dan harus menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah.

Baca cerita selanjutnya di sini :

Artikel Berkaitan

Back to top button