fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Tiada Lagi Penjarakan Sosial Dalam Pesawat, Harga Tambang Dijangka Turun

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
9 Jun 2020
Tiada Lagi Penjarakan Sosial Dalam Pesawat, Harga Tambang Dijangka Turun
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Susulan Aduan Rakyat Tentang Harga Tiket Yang Tak Masuk Akal.

Tiada Lagi Penjarakan Sosial Dalam Pesawat, Harga Tambang Dijangka Turun. Selain daripada kebenaran rentas negeri dan daerah yang diumumkan oleh kerajaan Sarawak pada hari ini, ini juga mungkin salah satu khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi perkhabaran daripada sidang media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak pada hari ini, pesawat akan dikecualikan daripada norma penjarakan sosial.

ADVERTISEMENT

Pengecualian ini terpakai untuk penerbangan berjadual dan tidak berjadual termasuklah penerbangan awam, operasi jet peribadi dan helikopter.

Tiada Lagi Penjarakan Sosial Dalam Pesawat, Harga Tambang Dijangka Turun

Menurut Datuk Amar Douglas, langkah ini dibuat susulan aduan daripada rakyat tentang harga tiket penerbangan yang melambung tinggi dan seolah-olah tidak masuk akal. Apatah lagi dengan situasi semasa rakyat yang kurang stabil.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

Oleh itu, rakyat mengalami kesulitan untuk melakukan perjalanan antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan menggunakan laluan udara disebabkan harga tambang tersebut.

Kredit : The Borneo Post

Kerajaan Sarawak juga berharap agar langkah tersebut dapat menurunkan harga tambang pesawat.

ADVERTISEMENT

IATA Beri Alasan Mengapa Penjarakan Sosial Dalam Pesawat Tidak Munasabah

Sebelum ini, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) tidak bersetuju dengan langkah mewajibkan penjarakan sosial dalam pesawat. Mereka berpendapat bahawa pengosongan tempat duduk tengah sebenarnya tidak mencapai tahap penjarakan seperti yang disyorkan.

Bukan itu sahaja, penjarakan sosial di dalam pesawat akan mengurangkan muatan maksimum pesawat kepada 62%. Sekaligus, angka ini tidak mencapai faktor muatan pulangan industri yang sepatutnya berada pada 77%.

Tiada Lagi Penjarakan Sosial Dalam Pesawat, Harga Tambang Dijangka Turun
Tiada Lagi Penjarakan Sosial Dalam Pesawat, Harga Tambang Dijangka Turun

Saranan Penjarakan Sosial Sebenarnya Lonjakkan Harga Tiket

Oleh itu, saranan penjarakan sosial tentunya akan menaikkan harga tiket bagi menampung kos operasi.

Malah, sekiranya syarikat penerbangan tidak mampu memulihkan kerugian dengan tambang yang tinggi, syarikat tersebut akan berdepan risiko bankrap.

Mereka tiada pilihan lain selain ; menaikkan harga tambang dengan penjarakan sosial atau menurunkan harga tambang tanpa penjarakan sosial.

Untuk pengetahuan anda, syarikat penerbangan di Malaysia juga sedang bergelut untuk kekal bertahan dan menyediakan perkhidmatan sehingga sebahagian pekerja diberhentikan.

Walau tiada lagi penjarakan sosial dalam pesawat, anda dinasihatkan untuk terus memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.

Baca juga artikel berkaitan :

Share19039Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy