fbpx
Cerita Borneo

Tiada Storan Atas Kepala, Anda Kini Hanya Dibenarkan Bawa 1 Beg Dalam Kabin AirAsia

Hati-hati jangan sampai terlebih!

Tiada Storan Atas Kepala, Anda Kini Hanya Dibenarkan Bawa 1 Beg Dalam Kabin AirAsia. Tahukah anda bahawa anda hanya dibenarkan untuk membawa satu beg masuk ke dalam kabin pesawat AirAsia? Perkara tersebut merupakan sebahagian daripada SOP terbaharu penerbangan syarikat tambang murah, AirAsia.

Syarikat tersebut turut mengeluarkan garis panduan baharu berkenaan jenis bagasi yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin pesawat menerusi artikel Polisi Penjarakan Sosial Bagasi Kabin yang telah dikemas kini pada 29 Mei 2020.

3 jenis beg tersebut ialah beg komputer riba, beg kecil dan beg tangan.

Tiada Storan Atas Kepala, Anda Kini Hanya Dibenarkan Bawa 1 Beg Dalam Kabin AirAsia
Tiada Storan Atas Kepala, Anda Kini Hanya Dibenarkan Bawa 1 Beg Dalam Kabin AirAsia

Bukan itu sahaja, syarat lain yang perlu dipenuhi bagi membolehkan beg anda boleh dibawa masuk ialah seperti berikut ;

  1. Tidak boleh melebihi ketinggian 40 cm x lebar 30 cm x panjang 10 cm
  2. Tidak boleh melebihi berat 7 kg
  3. Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan

Percuma check-in bagasi sekiranya beg kabin tidak muat dan tidak lebih 7 kilogram

Namun, anda dibenarkan untuk mendaftar beg kabin anda secara percuma ke dalam check-in bagasi sekiranya tidak muat diletakkan di bawah tempat duduk hadapan. Dengan syarat, berat beg tersebut hendaklah tidak melebihi 7 kilogram.

Sekiranya beg tersebut lebih daripada 7 kilogram, anda akan dikenakan cas tambahan untuk setiap lebihan kilogram bagasi tersebut.

Polisi baharu tersebut dikeluarkan setelah ruang storan bagasi di bahagian atas kepala penumpang tidak dibenarkan untuk digunakan pada ketika ini. Polisi tersebut dibuat bagi mengurangkan pergerakan dan amalan penjarakan sosial antara penumpang.

Kebanyakan penerbangan kini telah dibenarkan untuk beroperasi semula sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). PKPP ini bakal berakhir pada 31 Ogos 2020. Apa-apa pun, sentiasa jaga diri dan sentiasa patuhi amalan penjarakan sosial dan kebersihan diri, okay?

Baca juga trik yang boleh anda gunakan untuk menempah tiket menggunakan Pas Penerbangan 399 :

Semoga harga tiket selepas ini juga turun seperti sedia kala :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close