fbpx
Cerita Borneo

Tiba-Tiba Tular, ‘Group’ Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen

Pelega Stress Katanya.

Tiba-Tiba Tular, ‘Group’ Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen. Sejak PKP memasuki fasa ketiga ini, nampaknya ramai netizen yang sudah merasakan agak tertekan kerana sudah kehabisan idea tentang aktiviti yang boleh dilakukan di rumah. Bagi mereka yang baru menjinakkan diri untuk memasak, musim PKP ini adalah waktu yang sangat tepat.

Namun demikian, ramai pula yang berkongsi hasil masakan yang tidak menjadi. Malah, jadi sesuatu yang melucukan kerana rupa bentuknya tidak seperti yang diimpikan. Bagi anda yang ingin menghilangkan rasa bosan dan perlukan hiburan, mungkin anda boleh menyertai ‘group’ yang sedang tular ini.

‘Group’ Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official tiba-tiba menjadi tular apabila meraih 500K pengikut dalam masa satu malam sahaja. Menerusi tinjauan di laman Facebook ini, masing-masing netizen nampaknya mempamerkan gambar masakan tidak menjadi mereka sebagai hiburan.

Tiba-Tiba Tular, 'Group' Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen
Tiba-Tiba Tular, ‘Group’ Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen

Ada yang buat cookies tapi jadi lempeng, ada yang buat macarons tapi jadi beyblade, dan macam-macam lagi lah! Anda lihat sendiri.

Tiba-Tiba Tular, 'Group' Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen
Tiba-Tiba Tular, 'Group' Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen
Tiba-Tiba Tular, 'Group' Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen
Tiba-Tiba Tular, 'Group' Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen
Tiba-Tiba Tular, 'Group' Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen
Tiba-Tiba Tular, 'Group' Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen
Tiba-Tiba Tular, 'Group' Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen
Tiba-Tiba Tular, 'Group' Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen

Memang menghiburkan semuanya. Perkara ini juga diakui oleh beberapa orang netizen yang menyifatkan group ini sebagai sebuah medium untuk hiburan dan menghilangkan stress semasa musim PKP.

Tak kurang juga yang mendakwa bahawa ‘group’ ini mempunyai sumpahan kerana setiap kali anda memasak selepas membaca ‘group’ ini, pasti masakan anda tidak menjadi. Ada-ada saja kan?

Tiba-Tiba Tular, 'Group' Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen
Tiba-Tiba Tular, 'Group' Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen

Walau bagaimanapun, seorang netizen pula telah tampil memberitahu bahawa terdapat individu yang menegur tentang makanan tidak elok dijadikan bahan gurauan. Ada benarnya juga tapi berlawak pun harus berpada-pada, ye dak?

Kalau dah sampai memberi nama yang tidak bagus pada makanan, itu pula dianggap sebagai menghina. Semuanya kan berpunca dari rezeki Tuhan.

Tak sangka ya rakyat Malaysia mempunyai skil memasak yang agak ‘luar biasa’. Rasanya ramai lagi rakyat kita yang berbakat melawak secara spontan di dalam group ini. Cumanya malu-malu kucing nak tunjuk. Cukuplah sekadar berkongsi gelak tawa agaknya.

Anda tak tahu nak buat apa masa PKP? Cuba baca artikel ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button