fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia

Kedung BK Oleh Kedung BK
23 Oktober 2020
Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kenali tradisi Mepasah, iaitu tradisi tidak menguburkan mayat

Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia. Upacara pengebumian biasanya dilakukan dengan mengebumikan si mati. Dalam agama dan budaya tertentu, si mati dikremasi menjadi abu.

Tetapi untuk penduduk Desa Trunyan, mereka melakukan upacara pengebumian dengan cara unik iaitu tidak menguburkan mayat.

ADVERTISEMENT
Tidak Menguburkan Mayat, Ini Adalah Tradisi Mepasah Iaitu Tradisi Pengebumian Trunyan Di Indonesia

Penduduk Trunyan adalah kumpulan etnik pertama yang mendiami pulau Bali

Merupakan sebuah kampung terpencil, Trunyan terletak di Kintamani, Bali di tepi Tasik Batur. Pelawat yang ingin datang ke sini harus menyeberang dengan kapal yang melalui tasik tersebut.

Trenyan di seberang tasik. Kredit: Viva

Kampung ini merupakan salah satu daerah yang dihuni oleh suku ‘Bali Aga’ atau ‘Bali Mula’. Mereka masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang mereka. Suku ini adalah kumpulan etnik pertama yang mendiami pulau Bali, malah hingga kini suku ini dan semua keunikan mereka masih terdapat di beberapa tempat di Bali, salah satunya di Trunyan.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan

Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia

ADVERTISEMENT
Etnik Bali Aga merupakan penduduk terawal di Bali. Kredit: Bali Gates of Heaven

Kebanyakan orang Bali adalah penganut Hindu, jadi sekiranya berlaku kematian, mayat akan dibakar atau dikuburkan berdasarkan kepercayaan Hindu. Namun, upacara ini tidak diamalkan di Trunyan.

Disebaliknya, penduduk Trunyan meletakkan mayat yang telah meninggal di atas tanah, ditutup dengan kain dan buluh yang disusun untuk membentuk sebuah prisma. Upacara ini digelar ‘Mepasah’.

ADVERTISEMENT
Upacara Mepasah. Kredit: ringkaskata

Bermula dengan upacara penyucian

Setelah upacara penyucian iaitu membersihkan mayat dengan air hujan, mayat akan diletak atas tanah. Beberapa lubang terdapat di tempat meletakkan mayat, sekitar 10 – 20cm untuk menjaga kedudukan badan kerana kontur tanah perkuburan tidak lancar.

Selain wajah, bahagian badan mayat akan dibalut dengan kain putih. Sebagai petanda, badan ditutup dengan buluh yang disusun membentuk prisma. Prisma ini digelar ‘ancak saji’.

Ancak Saji menutup jenazah yang dibalut kain. Kredit: kumparan

Sekiranya anda terfikir sama ada mayat itu akan berbau, nope!

Yang membuat perkara ini menarik adalah mayat itu diletakkan di antara pokok Taru Menyan. ‘Taru’ bermaksud pokok manakalah ‘menyan’ bermaksud harum. Aroma yang keluar dari pokok ini dapat meneutralkan udara di sekitarnya. Pokok-pokok yang memancarkan kekuatan bau ini hanya tumbuh di kawasan ini, walaupun telah ditanam di kawasan lain.

Di bawah satu pokok, hanya sebelas mayat sahaja diletakkan. Ini telah ditetapkan oleh kepercayaan Orang Asli tempatan. Ia juga dikatakan bahawa satu pokok hanya dapat meneutralkan sebelas mayat jadi sekiranya ada lebih, baru mayat akan berbau.

Hanya 11 jenazah dibenarkan untuk dikebumi di bawah pohon. Kredit: detikTravel

Apabila terdapat mayat baru, maka mayat yang paling lama di sana akan dipindahkan ke kawasan terbuka dan tidak dilindungi oleh ‘ancak saji’. Jenazah tersebut akan disatukan dengan jenazah lain dalam struktur batu atau di bawah sebuah pohon.

Anda juga akan melihat tulang dan barang-barang lain seperti sudu, pinggan, pakaian, selipar dan lain-lain yang tersebar di kawasan perkuburan. Ini diesengajakan kerana terdapat beberapa barang yang tidak boleh dibawa keluar dari kawasan perkuburan itu.

Pelbagai barang dapat dilihat di kawasan perkuburan. Kredit: National Geographic Indonesia

Tak semua mayat akan diberi upacara sama

Orang Trunyan telah menetapkan prosedur pengebumian. Malah, terdapat syarat-syarat tertentu untuk mayat dikebumikan seperti ini. Syarat tertentu seperti si mati telah berkahwin pada waktu kematian, orang yang masih bujang, dan anak kecil yang tidak mempunyai gigi susu, orang yang mati dalam keadaan yang ‘wajar’ dan tiada kecedaraan yang belum pulih, serta mempunyai bahagian badan yang lengkap, baru layak dikebumikan seperti ini. Jika tidak memenuhi syarat ini, maka jenazah akan dikebumikan secara biasa (burying).

Terdapat tiga jenis tanah perkuburan iaitu ‘sema’ di Trunyan. Ketiga-tiga sema ini dibezakan oleh usia si mati, kelengkapan bahagian tubuh, dan cara pengebumian.

Kawasan perkuburan pertama digelar ‘sema waya‘. Sema ini dianggap paling baik dan paling suci antara tiga sema tersebut iaitu jenazah dikebumikan dengan cara Mepasah.

Sema waya adalah kawasan perkuburan paling suci dan baik.

Kawasan perkuburan adalah ‘sema muda‘. Sema ini adalah tempat mayat dikuburkan dan ditujukan untuk kanak-kanak atau bayi yang masih mempunyai gigi susu.

Yang ketiga adalah ‘sema bantas‘. Sama seperti sema muda, kawasan ini juga tempat mayat dikuburkan tetapi ditujukan untuk orang yang berada dalam keadaan ‘Ulah Patu’ atau ‘Salah Pati’. Ini bermaksud pada masa kematian, si mati mempunyai kecederaan dan penyebab kematian adalah tidak biasa, seperti kemalangan, kehilangan nyawa yang disebabkan oleh orang lain, kehilangan nyawa kerana kemalangan, dan bahagian badan yang tidak lengkap.

Tengkorak yang disusun dengan kemas di kawasan perkuburan. Kredit: tatkala

Meskipun cara perkuburan penduduk Trunyan luar biasa, tak dinafikan upacara ini sangat unik dan adalah refleksi kepada kepercayaan nenek moyang mereka dari zaman dahulu.

Lagi di sini:

SUMBER : The Bali Times
Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy