fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Tidak Merungut, Make Up Artist Sarawak Selamba Jual Sayur Semasa PKP

Kedung BK Oleh Kedung BK
30 Mac 2020
Tidak Merungut, Make Up Artist Sarawak Selamba Jual Sayur Semasa PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun berisiko nyawa, pro MUA ini sanggup membuat penghantaran sayur kepada mereka yang memerlukan

Tidak Merungut, Make Up Artist Sarawak Selamba Jual Sayur Semasa PKP. Baru-baru ini tular seniman negara meluahkan perasaan sumber pendapatan mereka terjejas ketika PKP dikuatkuasakan. Namun ada juga mereka yang dalam industri bertindak untuk mencari pendapatan sambil membantu mereka yang terjejas teruk.

Tidak Merungut, Make Up Artist Sarawak Selamba Jual Sayur Semasa PKP.

Pereka fesyen/pro MUA bertindak!

Seorang pereka fesyen serta make up artis memuat naik status dalam Facebook menunjukkan beliau membuat delivery sayur segar sebagai satu cara untuk mencari rezeki semasa tempoh yang mencabar ini.

Beliau, Lentera Astana, yang berasal dari Kuching, telah meluangkan masa beliau menyalurkan makanan dan buah-buahan segar kepada penduduk bandar Miri. Beliau sempat lagi berpesan kepada kawan-kawan beliau dalam Facebook untuk berdiam di rumah dan akan cuba membantu mereka yang memerlukan ketika tempoh ini.

ArtikelBerkaitan

Guru Dari Sarawak Menang Jackpot Bernilai RM 5 Juta Setelah Bertaruh Nombor Plat Kereta Lama

Sempena Hari Wanita, Ini 5 Senarai Promosi Hebat Restoran Untuk Anda

WhatsApp-Image-2020-03-30-at-2.12.05-PM-1024x544.jpeg
Beliau mengumumkan beliau tengah membuat penghantaran sayur-sayuran segar. Kredit: Facebook Lentera Astana

Pastinya ada seniman tempatan yang luar sana pun membantu dalam diam

Walaupun tular baru-baru ini segelintir seniman tempatan mengenai sumber pendapatan terjejas, pastinya ada yang mencari pendapatan cara lain serta membantu mereka yang amat memerlukan semasa PKP ini.

Walaupun beliau dalam kategori bidang kreatif/seniman, beliau tidak membuat tempoh PKP ini jadi alasan dan turut mencari rezeki sampingan sambil membantu orang lain.
Kredit: Facebook Lentera Astana

Dengan menyediakan perkhidmatan menghantar bekalan makanan segar seperti sayur dan buah-buahan sebagai bantuan, tindakan make up artis ini mendapat pujian dari orang ramai atas kesungguhan yang ditunjukkannya tanpa mengemis ehsan dari mana-mana pihak. Semoga tindakan make up artis ini menjadi teladan kepada anak seni Malaysia yang lain.

Share21344Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy