fbpx
Cerita Borneo

Tidak Tahan Dimarahi Kerana Ketagih Main Game, Remaja Lelaki Ini Nekad Bunuh Diri

Kejadian berlaku di Kota Marudu, Sabah

Tidak Tahan Dimarahi Kerana Ketagih Main Game, Remaja Lelaki Ini Nekad Bunuh Diri. Kalau dah namanya ketagihan, pastinya ia sesuatu yang sukar untuk dikawal mahu pun diubati. Individu yang telah termasuk dalam zon ketagihan ini pastinya memerlukan bantuan bagi memulihkan masalah yang dihadapi.

Namun, lain pula kisahnya di Sabah. Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun nekad menggantung dirinya di sebuah kuarters guru dekat Kota Marudu, Sabah.

Tak tahan dengar ahli keluarga berleter

Tindakan mangsa menggantung diri adalah dipercayai akibat tidak tahan mendengar leteran dan selalu dimarahi oleh ahli keluarganya semasa mereka menetap bersama di Kudat. Leteran tersebut pula berpunca daripada ketagihan mangsa bermain ‘mobile games’ di telefon pintar.

Tidak Tahan Dimarahi Kerana Ketagih Main Game, Remaja Lelaki Ini Nekad Bunuh Diri
Tidak Tahan Dimarahi Kerana Ketagih Main Game, Remaja Lelaki Ini Nekad Bunuh Diri
Sumber foto : Reuters

Walau bagaimanapun, mangsa telah berpindah ke rumah bapa saudaranya yang bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Kota Marudu.

Kebanyakan masanya dihabiskan bermain ‘game’

Berdasarkan keterangan saksi, remaja tersebut kemudiannya menghabiskan kebanyakan masanya bermain permainan di telefon setelah berpindah ke rumah bapa saudaranya itu.

Kali terakhir mangsa dilihat adalah sekitar tengah malam dua hari yang lalu.

Menurut Ketua Polis Kota Marudu, Mohd Izaan Abdullah, mayat mangsa telah dihantar ke hospital daerah untuk bedah siasat.

Hubungi Befrienders jika anda memerlukan teman bercakap

Jika anda mempunyai masalah dan memerlukan teman untuk bercakap tentang permasalahan anda, anda boleh menelefon talian bantuan Befrienders seperti berikut ;

Sabah : 088-255 788/088-259 788 | Whatsapp : 016-8036 945 | FB : Befrienders KK

Waktu operasi : 7 petang hingga 10 malam (Setiap hari)

Sarawak : 082-242 800 | FB : Befrienders Kuching Sarawak | Emel : [email protected]

Waktu operasi : 6.30 petang hingga 9.30 malam (Setiap hari)

Baca juga artikel ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button