Tiga Tragedi Mengegarkan Sabah, Tidak Mungkin Dilupakan
Bagi masyarakat Sabah sudah pasti tidak akan melupakan tragedi atau peristiwa-peristiwa yang menimpa Sabah. Peristiwa yang terjadi ini kekal misteri.
Antara tragedi-tragedi tersebut adalah seperti berikut.
1) PEMBUNUHAN DATUK NORJAN KHAN BAHADAR.
Datuk Norjan merupakan Ketua Wanita UMNO Papar merangkap timbalan menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Mengikut apa yang telah dilaporkan, beliau dijumpai mati oleh salah seorang chambermaid Shangri-La Hotel Bandaran Berjaya. Dijumpai kira-kira jam 9 a.m pada bulan Februari tahun 2004 di sebuah bilik bernombor 208.
Keratan akhbar NST mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “Her head was smashed in and she had been stabbed in the neck”.
Namun begitu, apa yang menjadi tanda tanya ialah motif pembunuhan Datuk Norjan yang telah bertukar dalam tempoh tidak sampai satu hari. Dalam laporan awal motif pembunuhan dikatakan berpunca dari perasaan ‘dendam dan cemburu’ telah ditukar kepada motif ‘rompak dan bunuh’.
2) TRAGEDI DOUBLE SIX.
Tragedi ini telah mengorbankan Ketua Menteri Sabah yang pertama iaitu Tun Fuad Stephens dan beberapa Menteri kabinet antaranya ialah Datuk Salleh Sulong, Datuk Wahid Peter Andu, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Chong Thain dan Datuk Darius Binion. Kapal terbang jenis GAF Nomad N.22B buatan Australia yang membawa 10 penumpang VVIP telah meletup dan mengorbankan semua penumpang.
Dalam kejadian ini turut mengorbankan anak lelaki Tua Fuad Stephens, Johari, Dr Syed Hussien Wafa, Ishak Atan, Corporal Said mohammad dan pilot Captain nathan Ghandi. Penerbangan dari Labuan ke Kota Kinabalu ini dilkatakan ‘stalled dan jatuh terhempas di sebuah pantai.
Tragedi ini digelar sebagai ‘Double Six tragedy’ kerana berlaku pada 6/6/1976. Apa yang menjadi tanda tanya hingga sekarang adalah adakah tragedi atau nahas ini telah dirancang oleh sesuatu pihak untuk kepentingan diri.
3) TRAGEDI 14 GAJAH MATI DIRACUN.
Pada Januari 2013 sebanyak 14 ekor gajah ditemui mati yang dipercayai telah diracun oleh individu tidak bertanggungjawab. Punca kematian haiwan tersebut dan pakar menemui kandungan ‘arsenic, cadmium, iron dan chromium yang sangat tinggi yang menjadi punca kematian gajah tersebut.
<
Bahan yang ditemui dalam perut gajah tersebut biasanya hanya digunakan di kawasan lombong atau kawasan pemprosesan buangan. Apa yang peliknya gajah-gajah ini ditemui mati dikawasan hutan Gunung Rara di Tawau dan di kawasan tersebut tiada kawasan lombong atau pemprosesan buangan. Kejadian ini seperti disengajakan dan sudah dirancang dengan teliti. Sehingga kini motif kejadian masih belum diketahui dan belum ada laporan tentang penangkapan suspek.
Seekor anak gajah pigmi Borneo berusia tiga tahun cuba menggerakkan bangkai ibunya di HutanSimpan Gunung Rara di Sabah.
Sumber :urangsabah