fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
20 Januari 2021
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Macam familiar jak bunyi cadangan tok. Sine tek?

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia. Bagi menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia, seorang timbalan ketua menteri di Sarawak telah mencadangkan agar dibuat tembok di sempadan Malaysia-Indonesia.

Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing telah mengemukakan sebuah cadangan agar tembok dibina di lokasi strategik di sepanjang laluan sempadan antara Malaysia dan Indonesia terutamanya di Sarawak.

ADVERTISEMENT

Beliau berkata demikian dalam satu mesej pesanan Whatsapp kepada agensi berita Bernama hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia. Foto Tan Sri Amar James Jemut Masing.
Sumber : NSTP

Sarawak juga cadang bina laluan lebuh raya sepanjang sempadan dari Biawak ke Lawas

Bukan itu sahaja, Sarawak juga telah mengemukakan cadangan untuk membina laluan lebuh raya sepanjang 1,032 km dari Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Biawak sehinggalah ke Lawas, wilayah paling utara di Sarawak. Projek tersebut dianggarkan menelan belanja sebanyak RM 24 bilion.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

Pembinaan tembok dan pagar ini juga memerlukan kerjasama daripada kerajaan persekutuan di Putrajaya untuk bersama-sama Sarawak merealisasikan idea ini. Tambah James juga, langkah ini bukan sahaja untuk keselamatan Sarawak tetapi juga keselamatan negara.

Tidak kurang 70 buah jalan tikus dari Telok Melano ke Lawas

Melalui lawatannya ke Telok Melano, beliau telah mengenal pasti terdapat sebuah perkampungan, jalan yang dibina oleh Tentera Negara Indonesia (TNI) dan jalan tikus yang dibina berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia di Sarawak.

ADVERTISEMENT

“Tidak kurang daripada 70 buah jalan tikus dikenal pasti dari Telok Melano ke Lawas. Ia adalah satu cabaran yang hebat untuk kita memperketatkan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia,”

Tan Sri James Jemut Masing, Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia
Tentera mengawal jalan tikus di sempadan dekat Serikin, Tebedu. Gambar hiasan.
Kredit : ZULAZHAR SHEBLEE / THE STAR

Apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju sekiranya sempadan Malaysia-Indonesia dibina tembok? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

Selain itu, baca juga cerita menarik seperti ini :

SUMBER : BERNAMA
Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy