fbpx
Cerita Borneo

Tindakan Boleh Diambil Sekiranya Anda Membawa Anak Anda Keluar Semasa PKPB

Perlu patuh kepada PKPB walaupun kawalan sudah dilonggarkan

Tindakan Boleh Diambil Sekiranya Anda Membawa Anak Anda Keluar Semasa PKPB. Menurut sidang media harian PKPB terkini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sekiranya anak dibawa oleh ibu bapa sekali ketika keluar membeli-belah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

The Covid-19 Chronicles: Carrying on, business unusual | The Star
Tindakan Boleh Diambil Sekiranya Anda Membawa Anak Anda Keluar Semasa PKPB

Kanak-kanak adalah tanggungjawab ibu bapa sendiri

Mengenai hal berikut, beliau mengatakan bahawa walaupun pada masa ini tiada larangan bagi ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka di tempat orang ramai, mereka masih tidak digalakkan melakukannya kerana mereka bakal menghadapi keadaan yang membahayakan.

Beliau menambah bahawa kerajaan akan meneliti PKPB agar larangan ini dapat ditambahkan.

Tindakan Boleh Diambil Sekiranya Anda Membawa Anak Anda Keluar Semasa PKPB

Menteri tersebut berkata ibu bapa bertanggungjawab untuk mengutamakan keselamatan anak mereka dan elak membawa mereka ke pasar raya.

“Tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, keselamatan anak-anak anda adalah tanggungjawab anda dan anda harus bertanya pada diri sendiri adakah selamat membawa mereka ke tempat-tempat di mana terdapat banyak orang atau di tempat-tempat terhad seperti pasar dan semua?” kata beliau.

Jadi sebagai nasihat, jangan lah bawa anak-anak anda sekali ke pasar raya untuk mengelak risiko.

Anda bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak anda dan diharapkan anda berfikir dua, tiga kali sebelum memutus untuk membawa mereka sekali untuk membeli-belah. Utamakan keselamatan keluarga anda.

black ink  crew family GIF by VH1
Kredit: Giphy

Baca juga artikel lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close