fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Tinggal Di Pondok Selama 30 Tahun, Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Susah Di Sabah

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
22 Jun 2020
Tinggal Di Pondok Selama 30 Tahun, Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Susah Di Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk mendapatkan konten terkini dan peluang giveaway bulanan.

Join Telegram Kami

Keluarga ini juga dikatakan mandi menggunakan air hujan sahaja.

Tinggal Di Pondok Selama 30 Tahun, Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Susah Di Sabah. Jika kita mengeluh tentang kehidupan kita yang susah dan serba tidak cukup, rupa-rupanya ada lagi insan yang hidup dalam keadaan yang lebih menyedihkan. Bayangkan jika anda berada dalam situasi di mana anda terpaksa tinggal di dalam sebuah pondok kecil dan satu-satunya sumber air yang ada ialah air tadahan hujan?

Pasti kehidupan ini cukup sukar buat anda.

Begitulah realiti yang harus ditelan oleh sebuah keluarga Dusun di Inanam, Sabah. Keluarga berketurunan bukan Muslim ini telah tinggal selama 30 tahun di sebuah pondok kecil. Bukan itu sahaja, selama tempoh tersebut, mereka terpaksa mandi menggunakan air tadahan hujan dan mata air.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: 295 Lagi Pelatih Disahkan Positif, Pulapol Borneo Height Dikenakan PKPD

Ini Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri

Keluarga yang mempunyai 3 orang anak perempuan ini juga dilihat rajin belajar apabila mereka tetap menyediakan ruang belajar dengan buku sekolah yang tersusun rapi.

Tinggal Di Pondok Selama 30 Tahun, Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Susah Di Sabah
Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

Melihatkan kesusahan yang dialami oleh keluarga terbabit, Ustaz Ebit Lew telah tampil membantu keluarga tersebut dengan membantu membina sebuah rumah baharu di tapak lama pondok tersebut.

Tinggal Di Pondok Selama 30 Tahun, Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Susah Di Sabah
Sumber : FB Ustaz Ebit Lew
Tinggal Di Pondok Selama 30 Tahun, Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Susah Di Sabah
Tinggal Di Pondok Selama 30 Tahun, Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Susah Di Sabah
Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

Malah, Ustaz Ebit juga membiayai segala bahan binaan seperti simen, zink, kayu serta bahan-bahan binaan yang lain. Beliau juga mendapatkan bantuan daripada penduduk tempatan untuk membina rumah kecil tersebut.

Bukan itu sahaja, Ustaz Ebit juga turut menyumbangkan sebuah peti sejuk, tilam, dapur, dan periuk nasi. Bagi menyelesaikan masalah air pula, beliau mendapatkan khidmat NGO tempatan dan ketua kampung untuk membuat permohonan air.

Pertolongan Ustaz Ebit ke Sabah juga tidak terhenti di situ apabila beliau membantu 3 lagi keluarga susah yang lain.

Melawat ke sebuah lagi rumah keluarga susah, beliau mengunjungi sebuah keluarga pasangan Bajau-Dusun yang tinggal di dalam sebuah rumah kecil berdindingkan atap zink.

Tinggal Di Pondok Selama 30 Tahun, Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Susah Di Sabah
Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

Pasangan suami isteri yang mempunyai 5 orang anak tersebut seolah-olah tidak percaya bahawa mereka akan dikunjungi oleh insan yang sering membantu orang susah.

Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

Namun, apa yang lebih menyedihkan, 3 daripada 5 anak pasangan ini tidak mampu ke sekolah akibat kesempitan hidup. Ustaz Ebit Lew segera meminta agar NGO tempatan menguruskan urusan pendaftaran anak-anak tersebut dan akan ditanggung sepenuhnya jika terdapat yuran yang perlu dibayar.

Bukan itu sahaja, beliau juga menghadiahkan sebuah peti sejuk, tilam, dapur, periuk nasi dan duit belanja untuk keluarga ini.

Tinggal Di Pondok Selama 30 Tahun, Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Susah Di Sabah
Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

Sebuah Keluarga Tinggal Di Rumah Buluh Tanpa Bekalan Elektrik

Sebuah lagi keluarga yang dilawat oleh beliau di Sabah ialah keluarga bukan Muslim berbangsa Dusun. Sang isteri daripada keluarga ini merupakan orang kurang upaya (OKU) dan suaminya terpaksa menghantar isterinya berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Tinggal Di Pondok Selama 30 Tahun, Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Susah Di Sabah
Sumber : FB Ustaz Ebit Lew
Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

Lebih menyayat hati, mereka sekeluarga bersama seorang anak tinggal di dalam sebuah rumah buluh yang tiada bekalan elektrik dan hanya bergantung kepada air bukit sahaja. Tempat tidur pula hanya beralaskan satu tilam buruk. Anaknya pula telah lama tidak bersekolah.

Oleh itu, Ustaz Ebit telah menghadiahkan tilam dan menguruskan permohonan elektrik melalui NGO tempatan. Tidak cukup dengan itu, jika bil elektrik sudah ada kelak, beliau akan membayar bil-bil tersebut.

Tinggal Di Pondok Selama 30 Tahun, Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Susah Di Sabah
Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

Kegigihan Ustaz Ebit Lew membantu golongan susah tidak pernah lekang sejak dari dahulu. Malah, beliau sanggup meredah hujan dan meniti jambatan semata-mata untuk menyampaikan sumbangan.

Tinggal Di Pondok Selama 30 Tahun, Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Susah Di Sabah
Sumber : FB Ustaz Ebit Lew
Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

Sebuah lagi keluarga yang dibantu di Kampung Rangalau, Kota Belud ialah keluarga seorang warga emas yang khabarnya tinggal di dalam sebuah khemah kecil. Setibanya di sana, khemah tersebut telah ranap ditiup angin. Wanita tersebut menumpang di rumah anaknya yang juga susah dan tiada bekalan air serta elektrik.

Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

Walau pun begitu, wanita tersebut hanya meminta bantuan untuk dibelikan pam air, zink serta papan untuk menampal atap rumah yang bocor serta mengganti lantai rumah. Selama ini, keluarga tersebut hanya mandi di sungai.

Tinggal Di Pondok Selama 30 Tahun, Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Susah Di Sabah
Sumber : FB Ustaz Ebit Lew
Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew turut membantu keluarga ini dengan membelikan barang keperluannya yang akan diuruskan oleh NGO tempatan.

Usaha murni Ustaz Ebit Lew ini tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Apatah lagi pertolongannya merentasi sempadan agama dan bangsa. Sampai ke ceruk pedalaman pun ada yang dibantunya. Syukur kita masih mempunyai individu berhati mulia seperti beliau.

Semoga usaha yang dilakukan diredai dan dirahmati olehNya. Syabas Ustaz!

Jika anda ingin memberikan sedikit sumbangan kepada insan yang memerlukan, salurkan sumbangan tersebut melalui pertubuhan NGO Ustaz Ebit Lew iaitu Pertubuhan Kasih Umat Malaysia. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun CIMB 8603546376.

Selain itu, Uncle Kentang juga terkenal dengan sifat saling membantu-bantu orang yang dalam kesusahan. Baca kisah terbaru Uncle Kentang di sini :

Di Sarawak, lelaki Iban ini dikatakan sering datang awal ke semata-mata untuk membantu persiapan majlis ilmu di Kuching :

SUMBER : FB Ustaz Ebit Lew
Share92Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy