fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Tuah Gaji Dari YouTube, Sugu Pavithra Kini Pindah Ke Rumah Baharu

Kedung BK Oleh Kedung BK
16 Jun 2020
Tuah Gaji Dari YouTube, Sugu Pavithra Kini Pindah Ke Rumah Baharu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Akhirnya Dapat Merasa Miliki Rumah Sendiri

Tuah Gaji Dari YouTube, Sugu Pavithra Kini Pindah Ke Rumah Baharu. Bagi mereka yang tidak mengenali nama ini, Sugu Pavithra merupakan seorang YouTuber Malaysia yang menjadi viral semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berkongsikan resepi makanan yang menarik. Apa yang menarik penonton adalah penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dalam videonya.

Walaupun menghadapi kecaman dari segelintir orang yang sebangsa dengannya, beliau tidak patah semangat dan kekal memuatnaikkan video resipi-resipinya dalam YouTube.

ADVERTISEMENT

Dengan usaha beliau bersama suaminya, mereka akhirnya mampu milik rumah baharu apabila pendapatan mereka dari YouTube semakin lumayan.

Maklumat ini dikongsi oleh mereka dalam sebuah video dimuatnaik oleh Sugu dalam saluran YouTube beliau yang menunjukkan mereka membersih rumah baharu mereka dan video seterusnya menunjukkan barang-barang mereka dipindah ke rumah tersebut.

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

Tuah Gaji Dari YouTube, Sugu Pavithra Kini Pindah Ke Rumah Baharu
Tuah Gaji Dari YouTube, Sugu Pavithra Kini Pindah Ke Rumah Baharu

Gaji Dari YouTube Semakin Bagus

Menerusi video terkini yang dimuat naik oleh beliau, mereka berkongsi berita bagus apabila berpindah ke rumah baharu. Video tersebut menunjukkan rumah mereka yang besar berbanding dengan rumah lama mereka dan beberapa saudara mereka datang untuk membantu bersihkan rumah itu.

ADVERTISEMENT

Terletak di Pekan Sungai Siput, Perak, mereka berputus untuk pindah ke sana kerana suami Sugu iaitu M-Sugu, telah berhenti kerja sebagai pekerja ladang agar boleh beralihkan fokus untuk menghasilkan video di YouTube.

Tuah Gaji Dari YouTube, Sugu Pavithra Kini Pindah Ke Rumah Baharu
Suami isteri ini berputus untuk fokus membuat video YouTube sepenuh masa.

Walaupun sudah mampu berpindah ke rumah baharu dan juga mendapatkan gaji yang lumayan dari YouTube, mereka masih mengekalkan sikap rendah diri dan turut menjadikan inspirasi orang lain untuk sentiasa berusaha dalam apa-apa sahaja.

ADVERTISEMENT

Bukannya menyerah ketika dia dibenci oleh orang sebangsanya, beliau dan suaminya memutuskan untuk tetap kuat dan terus membuat video. Motivasi mereka untuk berkongsi resipi mereka telah membuahkan hasil dan telah memberi inspirasi kepada banyak orang lain. Semoga Sugu Pavithra dan suami terus berjaya!

Lebih lagi disini:

Share15214Tweet272SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy