fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Tuduh Netizen Cybertrooper DG Hisham, MP Bintulu Ini Bengang Diserang Di Sosial Media

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
12 November 2020
Tuduh Netizen Cybertrooper DG Hisham, MP Bintulu Ini Bengang Diserang Di Sosial Media
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tak habis lagi rupanya.

Tuduh Netizen Cybertrooper DG Hisham, MP Bintulu Ini Bengang Diserang Di Sosial Media. Hangat tanah air semalam dengan isu seorang ahli parlimen Dewan Rakyat mengecam dan menghina Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Namun begitu, isu ini nampaknya masih berlarutan sehingga ke laman Facebook MP tersebut.

Ahli parlimen Bintulu, YB Dato’ Seri Tiong King Sing telah memuat naik satu entri penjelasan panjang lebar berkenaan perkara yang telah beliau bahaskan semalam di Dewan Rakyat. Jelasnya, beliau tidak mempunyai niat untuk melemparkan tuduhan jahat terhadap Ketua Pengarah Kesihatan tersebut. Namun sebaliknya, beliau hanya ingin menjelaskan bahawa pernyataan yang dibuatnya adalah satu bentuk kekecewaan daripada para petugas barisan hadapan dan rakyat dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini.

ADVERTISEMENT

Entri tersebut setakat ini telah mendapat 4 ribu komen (kebanyakannya adalah tuntutan maaf) dan lebih daripada 500 perkongsian.

Hmm.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

“Ahli parlimen berhak sampaikan kebenaran, berik kritikan konstruktif,” – Tiong

Beliau juga menyatakan bahawa beliau sebagai seorang ahli parlimen berhak untuk menyampaikan kebenaran, ketidakpuasan hati para petugas barisan hadapan dan memberikan kritikan secara konstruktif ke meja perbincangan. Malah, beliau turut mempersoalkan kelibat DG Hisham yang kononnya tidak turun padang untuk melihat sendiri situasi di Sabah ketika kes mula-mula mencanak naik beberapa minggu yang lalu. Tiong juga tidak berpuas hati apabila beliau menganggap DG Hisham tidak memberikan tindakan susulan dan laporan secara langsung kepada Majlis Keselamatan Negara dan Perdana Menteri supaya langkah pencegahan awal dapat dibuat.

Perkara yang lebih mengecewakan dalam entri tersebut adalah gesaan untuk DG Hisham fokus untuk membuat intervensi dan merangka tindakan pembendungan daripada membuat sebarang sidang media harian berkaitan kesihatan. Sebaliknya, sidang media kesihatan tersebut hendaklah diserahkan sepenuhnya kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ADVERTISEMENT
Tuduh Netizen Cybertrooper DG Hisham, MP Bintulu Ini Bengang Diserang Di Sosial Media
Tuduh Netizen Cybertrooper DG Hisham, MP Bintulu Ini Bengang Diserang Di Sosial Media
Sumber : FB Dato’ Seri Tiong King Sing
Tuduh Netizen Cybertrooper DG Hisham, MP Bintulu Ini Bengang Diserang Di Sosial Media
Sumber : FB Dato’ Seri Tiong King Sing

Bertekak dengan netizen di ruangan komen, tuduh netizen ‘Cybertrooper DG Hisham’

Walaupun beliau telah berusaha untuk mempertahankan hujahnya menerusi entri tersebut, penjelasan Tiong nyata tidak dapat diterima baik oleh netizen. Ruangan komen di entri tersebut dilihat telah diserang dengan komen yang menuntut agar beliau memohon maaf kepada DG Hisham. Memalukan, Tiong sempat bertegang urat melawan komen netizen yang akhirnya beliau labelkan sebagai ‘Cybertrooper DG Hisham’.

Tuduh Netizen Cybertrooper DG Hisham, MP Bintulu Ini Bengang Diserang Di Sosial Media
Sumber tangkap layar : Twitter @bumilangit
Tuduh Netizen Cybertrooper DG Hisham, MP Bintulu Ini Bengang Diserang Di Sosial Media
Sumber tangkap layar : Twitter @bumilangit

Anggota petugas barisan hadapan turut sama menafikan tuduhan Tiong dengan mengatakan bahawa tidak pernah merasa tidak berpuasa hati dengan Ketua Pengarah Kesihatan mereka. Bahkan, mereka sentiasa berada menyokong dan berdiri di belakang beliau.

Jawapan Tiong? “You are a ball polisher (Anda seorang kaki jilat)”

Tuduh Netizen Cybertrooper DG Hisham, MP Bintulu Ini Bengang Diserang Di Sosial Media
Sumber tangkap layar : Twitter @bumilangit
Tuduh Netizen Cybertrooper DG Hisham, MP Bintulu Ini Bengang Diserang Di Sosial Media
Sumber tangkap layar : Twitter @bumilangit

Sungguh tidak profesional.

Jadi wakil pilihan rakyat bukan satu lesen untuk sesuka hati melemparkan kata-kata tidak sopan

Sedikit info berkenaan Tiong, beliau merupakan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) yang merupakan parti komponen di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ahli parlimen Bintulu ini juga merupakan Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke China dan pernah menolak jawatan Timbalan Menteri Perpaduan di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN). Walaupun beliau merupakan calon pilihan rakyat, ia bukanlah satu lesen untuknya melemparkan kata-kata tidak sopan dan biadap terhadap individu lain. Terdapat perbezaan yang besar antara kritikan membina dan kritikan membunuh.

Dalam isu ini, netizen Malaysia bersatu hati mempertahankan panglima perang tersebut daripada tohmahan tidak berasas dan melulu daripada Tiong. DG Hisham juga tidak cepat melatah dan sentiasa memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan untuk terus berkhidmat demi negara dan memasang niat yang murni dalam membendung COVID-19 di Malaysia.

“Wipe the tears, chin up and let’s carry on,” – DG Hisham

Tuduh Netizen Cybertrooper DG Hisham, MP Bintulu Ini Bengang Diserang Di Sosial Media

Jika anda ketinggalan, ini cerita asal :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy