fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Tujuh Individu Pemilik Pusat Hiburan Ditahan Langgar SOP Di Sibu

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
1 Disember 2020
Tujuh Individu Pemilik Pusat Hiburan Ditahan Langgar SOP Di Sibu
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk mendapatkan konten terkini dan peluang giveaway bulanan.

Join Telegram Kami

Tiga wanita pemilik pusat hiburan antara tujuh individu yang ditahan.

Tujuh Individu Pemilik Pusat Hiburan Ditahan Langgar SOP Di Sibu. Seramai tujuh individu iaitu tiga wanita warga tempatan dan empat lelaki dipercayai pemilik pusat hiburan telah ditahan Polis di Sibu semalam.

Menurut Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kesemua mereka ditahan di Sibu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Pihak polis telah menahan tujuh orang iaitu empat lelaki dan tiga wanita warga tempatan pemilik pusat hiburan di Sibu kerana melanggar SOP” menurut JPBNS dalam satu kenyataan semalam.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: 295 Lagi Pelatih Disahkan Positif, Pulapol Borneo Height Dikenakan PKPD

Ini Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri

Tujuh Individu Pemilik Pusat Hiburan Ditahan Langgar SOP Di Sibu
Tujuh Individu Pemilik Pusat Hiburan Ditahan Langgar SOP Di Sibu

20 notis kompaun dikeluarkan

Seterusnya, JPBNS memberitahu, sebanyak 20 notis kompaun dikeluarkan iaitu  11 di Sibu, Padawan (4), Bau (2), Kota Samarahan (1), Betong (1) dan Miri (1).

Selain itu, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak katanya, telah mengeluarkan sebanyak 91 notis amaran lisan dan bertulis di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan.

“1,468 premis dipantau semalam dengan 590 anggota pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) terlibat dalam operasi yang dijalankan pada 1 September hingga 31 Disember 2020,” katanya.

Tujuh Individu Pemilik Pusat Hiburan Ditahan Langgar SOP Di Sibu

Tujuh sekatan jalan raya

Pada masa sama, kata JPBNS memberitahu terdapat tujuh sekatan jalan raya di enam buah daerah iaitu di Lawas (2), Lundu (1), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1) dilakukan dalam Op Benteng.

“Melalui tujuh sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 1,833 jumlah kenderaan telah diperiksa,” menurut Jawatankuasa itu.

Lagi di sini:

Share63Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy