fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Tukar Portfolio Lepas Beberapa Jam Angkat Sumpah, Berikut Senarai Baru Kabinet Tertinggi Sabah 2020

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
29 September 2020
Tukar Portfolio Lepas Beberapa Jam Angkat Sumpah, Berikut Senarai Baru Kabinet Tertinggi Sabah 2020
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Portfolio menteri baharu kerajaan Sabah berkuatkuasa 29 September 2020.

Tukar Portfolio Lepas Beberapa Jam Angkat Sumpah, Berikut Senarai Baru Kabinet Tertinggi Sabah 2020. Umum mengetahui bahawa pilihan raya negeri Sabah 2020 telah dimenangi oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Gabungan ini meliputi beberapa komponen parti seperti Perikatan Nasional, Barisan Nasional, dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sah membentuk kerajaan apabila memperolehi majoriti 38 kerusi semasa pilihan raya beberapa hari yang lalu.

Pengerusi Perikatan Nasional Sabah, Datuk Hajiji Noor telah dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-16, menggantikan Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini di pihak parti Warisan.

ADVERTISEMENT

Upacara angkat sumpah ketua menteri baru tersebut dilaksanakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri pada jam 10.32 pagi tadi.

Tukar Portfolio Lepas Beberapa Jam Angkat Sumpah, Berikut Senarai Baru Kabinet Tertinggi Sabah 2020
Tukar Portfolio Lepas Beberapa Jam Angkat Sumpah, Berikut Senarai Baru Kabinet Tertinggi Sabah 2020

Bung Mokhtar, Jeffrey Kitingan antara yang dilantik jawatan tertinggi kabinet Sabah

Dalam upacara yang sama, beberapa orang lagi menteri turut dilantik memegang portfolio utamanya. Antaranya seperti Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, yang turut mengangkat sumpah menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah berserta portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II dan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah. Susulan pelantikan ini, beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia hari ini.

ADVERTISEMENT

Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam pula menjadi Timbalan Ketua Menteri III.

Dalam masa yang sama, ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, dilantik sebagai Menteri Kerja Raya Sabah manakala ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim dilantik memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

ADVERTISEMENT
Tukar Portfolio Lepas Beberapa Jam Angkat Sumpah, Berikut Senarai Baru Kabinet Tertinggi Sabah 2020

Bung dan Masidi bertukar portfolio tak sampai beberapa jam lepas angkat sumpah

Walau bagaimanapun, berlaku pertukaran portfolio yang melibatkan Datuk Seri Bung Mokhtar dan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun beberapa jam selepas upacara angkat sumpah. Kedua-duanya bertukar portfolio dengan Bung kini bertukar menjadi Menteri Kerja Raya manakala Masidi menyandang jawatan sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Malah, Masidi turut diberi amanah untuk memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan II atas kepakarannya dalam bidang tersebut. Lebih-lebih lagi untuk mengendalikan dan menilai semula situasi ekonomi Sabah semasa pandemik ini.

Tukar Portfolio Lepas Beberapa Jam Angkat Sumpah, Berikut Senarai Baru Kabinet Tertinggi Sabah 2020
Sumber foto : PNBBC

Pengumuman tersebut dibuat oleh Hajiji semasa lawatan rasmi pertamanya sebagai Ketua Menteri Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Susulan itu, berikut merupakan ringkasan senarai ahli kabinet tertinggi Sabah 2020 :

Ketua Menteri Sabah : Datuk Hajiji Noor (ADUN Sulaman)

Timbalan Ketua Menteri Sabah I : Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (ADUN Kinabatangan)

Timbalan Ketua Menteri Sabah II : Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (ADUN Tambunan)

Timbalan Ketua Menteri Sabah III : Datuk Dr Joachim Gunsalam (ADUN Kundasang)

Menteri Kewangan II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah : Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (ADUN Karanaan)

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah : Datuk Jahid Jahim (ADUN Tamparuli)

Senarai penuh akan menyusul kelak.

Lagi cerita menarik tentang negeri di bawah bayu ini :

Share85Tweet53SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy