fbpx
Cerita Borneo

Ujian Saringan Ke Sarawak Dan Sekatan Penerbangan Dilanjutkan Hingga 31 Ogos

Perkara tersebut diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Ujian Saringan Ke Sarawak Dan Sekatan Penerbangan Dilanjutkan Hingga 31 Ogos. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak semalam telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh ujian saringan wajib kemasukan ke Sarawak sehingga 31 Ogos 2020.

Ujian saringan tersebut melibatkan warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak dari Semenanjung, Sabah dan Labuan sepanjang tempoh tersebut.

Individu menuju ke kawasan pedalaman sebagai destinasi terakhir perlu kuarantin di hotel

Semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak dan sepatutnya menuju ke kawasan pedalaman sebagai destinasi terakhir mereka akan dikuarantin di hotel. Individu yang menuju ke kawasan yang jauh dari fasiliti Klinik Kesihatan yang menyediakan kemudahan untuk pengambilan sampel juga akan dikuarantin di hotel.

Ujian Saringan Ke Sarawak Dan Sekatan Penerbangan Dilanjutkan Hingga 31 Ogos
Ujian Saringan Ke Sarawak Dan Sekatan Penerbangan Dilanjutkan Hingga 31 Ogos

Mereka hanya akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekiranya keputusan ujian adalah negatif.

Bagi individu yang pulang dari kawasan merah, mereka akan dikuarantinkan di hotel terlebih dahulu sebelum dibenarkan balik ke rumah masing-masing.

Penjawat awam, sektor perniagaan dan perkhidmatan penting boleh memohon pengecualian kuarantin

Walau bagaimanapun, penjawat awam dan sektor perniagaan yang terlibat dalam perkhidmatan penting boleh memohon pengecualian kuarantin melalui borang enterSarawak.

Pengecualian akan diberikan hanya untuk perjalanan yang dianggap sebagai perkhidmatan penting (essential services) dan urusan rasmi dengan membawa surat kebenaran daripada Ketua Jabatan dan Majikan masing-masing.

Penerbangan kekal terhad hingga 31 Ogos 2020

Ujian Saringan Ke Sarawak Dan Sekatan Penerbangan Dilanjutkan Hingga 31 Ogos

Dalam pada masa yang sama, had penerbangan turut dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2020. Susulan itu, kekerapan penerbangan masuk dan keluar Sarawak dijangka akan kekal terhad seperti mana sepanjang tempoh 1 hingga 14 Ogos ini.

Sehingga semalam, Sarawak terus mencatatkan sifar kes positif. Walau bagaimanapun, 10 kluster yang dikesan sejak gelombang kedua jangkitan di Sarawak masih lagi aktif.

Sesi persekolahan yang ditunda sejak bulan lalu hingga 17 Ogos di sekitar Kuching, Samarahan dan Serian dijadual kembali dibuka seperti biasa setelah tempoh tersebut.

Sentiasa waspada. Amalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka dan utamakan kebersihan diri.

Artikel lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button