fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Uncle Kentang Bantu Lelaki Sarawak Berjalan Kaki Sejauh 80 KM Untuk Ke KLIA

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
19 Jun 2020
Uncle Kentang Bantu Lelaki Sarawak Berjalan Kaki Sejauh 80 KM Untuk Ke KLIA
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Trimak Kaseh Uncle Kentang!

Uncle Kentang Bantu Lelaki Sarawak Berjalan Kaki Sejauh 80 KM Untuk Ke KLIA. Bagi mereka yang pernah hidup di Kuala Lumpur, pasti anda lebih memahami kesusahan jika anda semakin kesempitan wang untuk meneruskan kehidupan. Apatah lagi dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), situasi lebih sukar pasti akan dirasai terutamanya bagi pekerja yang terjejas teruk.

Begitu juga halnya dengan seorang lelaki Sarawak di Kuala Lumpur. Akibat kehilangan pekerjaan selama 3 bulan, beliau telah kehabisan wang untuk menyewa kenderaan atau menaiki pengangkutan awam untuk ke lapangan terbang.

ADVERTISEMENT

Oleh itu, beliau nekad untuk berjalan kaki sejauh 80 km dari Selayang ke KLIA untuk menaiki penerbangan yang telah dibeli oleh ahli keluarganya.

Risau dengan tindakan lelaki tersebut, adiknya lantas menghubungi Uncle Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang bagi membantu abangnya yang sedang kesusahan. Tindakan pantas Uncle Kentang akhirnya menyelamatkan lelaki tersebut daripada berjalan seorang diri di lebuh raya Kuala Lumpur yang merbahaya.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Kuan Chee Heng atau gelarannya, Uncle Kentang terkenal sebagai seorang rakyat yang suka membantu individu yang sedang berada dalam kesusahan. Bukan itu sahaja, beliau juga mempunyai sebuah pasukan yang membantu menggerakkan kerja amal serta mempunyai Kentang Fund untuk tujuan tersebut.

ADVERTISEMENT
Uncle Kentang Bantu Lelaki Sarawak Berjalan Kaki Sejauh 80 KM Untuk Ke KLIA
Kredit : FB Kuan Chee Heng

Menurut Uncle Kentang, lelaki tersebut telah berjalan selama 2 jam dan berada di Jalan Kuching ketika ditemui. Tiba dengan sebuah van 12 tempat duduk, Uncle Kentang terpaksa mencari lelaki tersebut memandangkan adiknya tidak mengetahui lokasi sebenar lelaki tersebut.

Ujar Uncle Kentang lagi, lelaki tersebut telah berjalan kaki dengan hanya menggunakan sepasang selipar dan membawa beg galas sebagai peneman. Perjalanan dari Selayang ke KLIA mengambil masa selama 16 jam sekiranya lelaki ini terus berjalan kaki.

ADVERTISEMENT

Setibanya di KLIA, Uncle Kentang turut memberikan wang saku sebanyak RM 200 untuk beliau membeli makanan serta tambang perjalanan sesudah berada di Sarawak.

Uncle Kentang Bantu Lelaki Sarawak Berjalan Kaki Sejauh 80 KM Untuk Ke KLIA
Uncle Kentang Bantu Lelaki Sarawak Berjalan Kaki Sejauh 80 KM Untuk Ke KLIA
Kredit : FB Kuan Chee Heng

Siap Beri Wang Saku RM 200 Untuk Makanan Dan Tambang Di Sarawak

Melalui kiriman di laman Facebook Uncle Kentang juga, lelaki tersebut telah selamat tiba di rumah dan adiknya mengucapkan terima kasih melalui sebuah pesanan ringkas.

Uncle Kentang Bantu Lelaki Sarawak Berjalan Kaki Sejauh 80 KM Untuk Ke KLIA

Respon Rendah Hati Dari Uncle Kentang

Sikap baik Uncle Kentang tersebut mendapat perhatian netizen terutamanya rakyat Sarawak yang berterima kasih terhadap beliau kerana membantu saudara Sarawak di Semenanjung. Namun, respon Uncle Kentang pula sangat mengharukan.

Uncle Kentang Bantu Lelaki Sarawak Berjalan Kaki Sejauh 80 KM Untuk Ke KLIA

Syabas dan tahniah kepada Uncle Kentang dan seluruh pasukan yang telah membantu anak Sarawak yang berada di perantauan. Semoga beliau sentiasa dirahmati oleh Tuhan.

God bless you, Uncle Kentang.

Baca juga kisah menarik yang lain di sini :

Share6022Tweet85SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy