fbpx
Cerita Borneo

UPSR Dan PT3 Dibatalkan, SPM Dan SVM 2020 Ditunda Ke Tahun 2021

Pembukaan Sesi Persekolahan Hanya Untuk Kelas Peperiksaan Awam Terlebih Dahulu

UPSR Dan PT3 Dibatalkan, SPM Dan SVM 2020 Ditunda Ke Tahun 2021. Berikutan pandemik COVID-19 yang belum ada kesudahannya, Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengadakan sidang media khas berkenaan pelan tindakan persekolahan pasca PKP. Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Radzi Jidin, beberapa perkara telah diputuskan.

UPSR Dan PT3 Dibatalkan, SPM Dan SVM 2020 Ditunda Ke Tahun 2021
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Radzi Jidin.

UPSR Dan PT3 2020 Dibatalkan

Jelas Dr. Radzi, pembatalan UPSR dan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid semasa peringkat rendah dan menengah rendah kerana terdapat pelbagai instrumen lain yang boleh diguna pakai untuk menentukan prestasi pelajar.

UPSR Dan PT3 Dibatalkan, SPM Dan SVM 2020 Ditunda Ke Tahun 2021

Selain itu, kaedah baharu akan diguna pakai bagi menentukan kemasukan murid ke sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), maktab rendah sains MARA (MRSM) dan maktab tentera diraja (MTD).

Keputusan daripada kaedah baharu tersebut akan dijadikan sebagai kriteria pemilihan ke sekolah terpilih ini. Tambahnya lagi, kaedah baharu yang akan dilaksanakan tidak hanya tertumpu kepada akademik semata-mata tetapi juga aspek-aspek kemenjadian pelajar yang lain.

Tarikh SPM, SVM Dan STAM Ditunda Ke Suku Pertama Tahun 2021

Bagi peperiksaan awam yang lain seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), suatu tarikh baharu akan dikeluarkan dan peperiksaan ini dijadualkan bakal berlangsung pada suku pertama tahun 2021.

UPSR Dan PT3 Dibatalkan, SPM Dan SVM 2020 Ditunda Ke Tahun 2021
UPSR Dan PT3 Dibatalkan, SPM Dan SVM 2020 Ditunda Ke Tahun 2021

Peperiksaan Semester STPM Ditunda Ke Bulan Ogos 2020 Dan Suku Pertama 2021

Malah, peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga akan ditunda. Bagi peperiksaan Semester 2, peperiksaan akan dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos 2020 manakala peperiksaan Semester 3 akan berlangsung pada suku pertama tahun 2021.

Pengumuman Pembukaan Sekolah Akan Diumumkan 2 Minggu Sebelum

Dalam perkembangan yang sama, Dr. Radzi memberi jaminan bahawa pengumuman pembukaan sekolah akan diumumkan dua minggu sebelum sesi persekolahan. Hal ini bagi memberi ruang kepada ibu bapa untuk membuat persediaan yang sewajarnya.

Malah, keputusan pembukaan sekolah ini hanya akan dibuat sekiranya keadaan benar-benar pulih. Ketetapan tarikh pembukaan pula adalah berdasarkan perbincangan dengan KKM. Pada peringkat awal, pembukaan sekolah hanya melibatkan kelas peperiksaan awam seperti SPM, SVM, STPM, STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setaraf.

Tarikh Kemasukan Ke IPT Turut Ditangguh Ke Tahun 2021

KPM juga telah bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti program asasi, matrikulasi, dan diploma pada bulan Julai atau Ogos 2021 manakala program prasiswazah (Degree) akan dianjak ke bulan September atau Oktober 2021.

Tahun 2020 nampaknya sungguh sukar untuk semua. Apa-apa pun, sentiasa jaga jarak selamat dan amalkan kebersihan bagi memerangi pandemik ini.

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close