fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Urusan Di JPN Semasa PKPB Perlu Buat Temu Janji ‘Online’, Ini Caranya

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
14 Mei 2020
Urusan Di JPN Semasa PKPB Perlu Buat Temu Janji ‘Online’, Ini Caranya
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Jimat Masa Dan Tenaga.

Urusan Di JPN Semasa PKPB Perlu Buat Temu Janji ‘Online’, Ini Caranya. Bermula PKPB ini, pejabat-pejabat kerajaan sudah mulai dibuka sepenuhnya. Ini termasuklah pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Walau bagaimanapun, urusan di JPN semasa musim PKPB ini dikhabarkan perlu membuat temu janji terlebih dahulu sebelum anda berkunjung ke premis cawangan.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook, Siti Nuramirah. Menurut beliau, pegawai yang bertugas di JPN memberitahu bahawa sebarang urusan kini memerlukan pelanggan membuat temu janji terlebih dahulu secara atas talian. Berikut merupakan panduan ringkas untuk anda memohon temu janji seperti mana yang diajar oleh pegawai JPN kepada wanita ini.

ADVERTISEMENT

Perkongsian ini telah mendapat 8.7 ribu ‘shares’ dan 2.3K tanda suka.

Cara Memohon Temu Janji ‘Online’ JPN

1. Layari pautan http://tiny.cc/temujanjijpn dan isi cawangan negeri serta bahagian cawangan JPN yang dikehendaki.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT
Urusan Di JPN Semasa PKPB Perlu Buat Temu Janji 'Online', Ini Caranya

2. Isi maklumat asas seperti nama, nombor MyKad, alamat, nombor telefon, e-mel, dan cawangan JPN terdekat.

Urusan Di JPN Semasa PKPB Perlu Buat Temu Janji 'Online', Ini Caranya

3. Tandakan urusan anda di JPN berdasarkan senarai urusan yang disediakan. Sahkan maklumat anda.

ADVERTISEMENT
Urusan Di JPN Semasa PKPB Perlu Buat Temu Janji 'Online', Ini Caranya
Urusan Di JPN Semasa PKPB Perlu Buat Temu Janji ‘Online’, Ini Caranya

4. Itu sahaja. Maklum balas akan diberi dalam masa 3 hari bekerja.

Urusan Di JPN Semasa PKPB Perlu Buat Temu Janji 'Online', Ini Caranya

Langkah yang diambil oleh JPN ini dilihat wajar memandangkan norma baharu perlu mengamalkan penjarakan sosial sejauh 1 meter. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengelakkan perkumpulan atau barisan menunggu yang panjang di JPN. Ini sudah tentu tidak menepati kriteria penjarakan sosial kerana premis cawangan adalah ruang bertutup.

Jadi, bagi anda yang mempunyai urusan penting seperti pendaftaran kelahiran, kematian, dan MyKad baru, boleh ikuti panduan di atas bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak. Kita jaga kita.

Untuk pengetahuan anda juga, JPN turut melanjutkan tempoh urusan daftar kelahiran dan kematian selama 90 hari selepas PKP. Baca selanjutnya di sini :

Share567Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy