fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Usah Risau, Dewan Negara Sahkan Wang Kertas Malaysia Bebas Lemak Babi

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
20 Disember 2019
Usah Risau, Dewan Negara Sahkan Wang Kertas Malaysia Bebas Lemak Babi

Malaysian ringgit banknote cash background

Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Yeay! Berurus Niagalah Tanpa Was-Was.

Usah Risau, Dewan Negara Sahkan Wang Kertas Malaysia Bebas Lemak Babi
Semuanya sudah jelas sekarang bahawa wang kertas Malaysia tiada unsur lemak babi. Kredit : Apa Kata Orang

Semuanya sudah jelas sekarang bahawa wang kertas Malaysia tiada unsur lemak babi. Persoalan mengenai desas-desus bahawa wang kertas Malaysia mengandungi lemak khinzir akhirnya terjawab di Dewan Negara pada 18 Disember 2019 (Rabu). Isu tersebut dijawab sendiri oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Beliau menjelaskan bahawa wang ringgit RM 5 dan RM 1 diperbuat daripada polimer dan ia disahkan bebas daripada unsur lemak haiwan termasuklah lemak khinzir. Keputusan penilaian terperinci tersebut telah dikeluarkan oleh sebuah makmal bebas yang dilantik. Laporan tersebut kemudiannya dirujuk kepada Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dan akhirnya memutuskan bahawa wang kertas Malaysia boleh digunakan tanpa was-was setelah berpuas hati dengan perincian penilaian.

ADVERTISEMENT

Tambah nya lagi, wang kertas yang diperbuat daripada polimer lebih tahan empat kali ganda berbanding wang kertas biasa. Malah, jangka hayat wang polimer boleh bertahan selepas 2 tahun berbanding hanya 6 bulan bagi wang kertas biasa.

Terdahulu, celahan mengenai persoalan tersebut dikemukakan oleh Senator Sebani Mat ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Mata Wang 2019 di Dewan Negara.

Beberapa bulan yang lalu, seorang profesor universiti tempatan mendakwa bahawa pembuatan wang kertas Malaysia mempunyai unsur lemak babi sepertimana yang diperkatakan sendiri oleh pemain industri berkenaan. Selain daripada DNA babi, kajian yang berkaitan juga mengatakan bahawa wang kertas tersebut dicemari dengan kuman Escherichia coli (E.coli). Berikutan dakwaan tersebut, pihak profesor tersebut memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) untuk kajian terperinci.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Semuanya sudah jelas sekarang bahawa wang kertas Malaysia tiada unsur lemak babi. Jadi, gunakan lah tanpa rasa ragu-ragu ya. Kalau masih tak puas hati juga, apa susah, e-wallet kan ada.

ADVERTISEMENT

Ehemm, dengar cerita siapa ada akaun e-wallet, masuk tahun baru ni boleh dapat RM30 free. Tak nak ke?

Jangan lupa like dan share post ini!

ADVERTISEMENT
Share419Tweet42SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy