fbpx
Cerita Borneo

Usul Elaun RM 1K, Cadangan Seniman Terima Kritikan Hebat Netizen

Apa salah mohon sebagai rakyat biasa?

Usul Elaun RM 1K, Cadangan Seniman Terima Kritikan Hebat Netizen. Tular baru-baru ini, beberapa seniman tempatan memberi pendapat mengenai sumber pendapatan terjejas setelah PKP dikuatkuasakan. Awal-awalnya, segelintir artis dilaporkan meminta kerajaan memberi bantuan khusus buat mereka ketika musim penularan wabak COVID-19 ini. Maka baru-baru ini, tular screen shot Instagram Persatuan Seniman Malaysia turut menyusul beberapa cadangan untuk membantu seniman yang terjejas, antaranya memberi elaun sebanyak RM1,000 sebulan selama 6 bulan bagi mereka yang tidak mempunyai KWSP. Tindakan ini turut mencurah minyak dalam api yang sudah membara.

Usul Elaun RM 1K, Cadangan Seniman Terima Kritikan Hebat Netizen. Kredit: Giphy

Permintaan yang lebihan?

Seorang penyayi, Black, merupakan antara seniman yang terawal merayu kepada kerajaan memberi bantuan khas bagi mereka yang terjejas pendapatan, dimana persembahan dan aktiviti seni semua telah dibatalkan.

Seorang lagi, Tomok, mewakili golongan seniman lain yang terdiri daripada krew penerbitan, produksi drama/filem, penyanyi, pelakon, pemuzik dan sebagainya dengan mengatakan PKP ini telah memaksakan penangguhan atau kebatalan produksi dan persembahan dan memberikan impak yang besar kepada mereka yang menjadikan industri ini sebagai sumber pendapatan utama. Dipendek kata, mereka yang terlibat di belakang tabir pastinya sedikit sukar, dan mengharapkan kerajaan tidak meminggirkan anak-anak seni dan mewakili krew belakang tabir yang bekerja bersama dengan mereka selain daripada artis-artis senior.

Penyayi tersebut dan beberapa artis lain turut bersetuju dengan kenyataan Tomok. Kredit: Instagram Tomok.

Tular lagi beberapa screenshot Instagram Persatuan Seniman Malaysia menyusul beberapa cadangan untuk membantu golongan seniman Malaysia.

Susulan itu, seorang lagi artis tempatan, Zarina Anjoulie, memuat naik sebuah video meluahkan perasaan terkilannya terhadap artis-artis lain yang suka mengambil kesempatan rakyat lain yang tidak senasib baik. Beliau juga menyatakan segelintir artis-artis ini telah meletakkan satu standard kepada mereka yang golongan seniman dengan suka menunjukkan diri mampu hidup mewah, namun pada saat ini meminta bantuan khusus, tanpa mempertimbangkan orang lain yang lebih susah. Video tersebut turut mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat yang mengutuk mereka yang hanya mementingkan diri sendiri.

Pakej Rangsangan Ekonomi dinyatakan beberapa hari lepas kenyataan asal

Untuk pengetahuan ramai, pakej rangsangan ekonomi yang menggariskan pelbagai bantuan kepada semua lapisan masyarakat Malaysia diumumkan pada 27 Mac 2020, beberapa hari selepas kenyataan Black dikeluarkan, iaitu pada 25 Mac 2020.

Jika dilihat dari sudut lain tanpa berpihak sesiapa, apa dikatakan oleh Black iaitu untuk meminta bantuan dari kerajaan untuk penggiat seni serta Tomok yang mewakili anak-anak seni/krew belakang tabir adalah betul kerana ketika itu, tiada pengumuman sebarang bantuan buat artis dan seluruh rakyat Malaysia. Malah, Black tidak pun menyebut sebarang ‘bantuan khas’ dan mempunyai simpanan peribadi semasa temu bual beliau dengan Berita Harian 25 Mac 2020 yang lalu.

Namun, ramai orang terkilan kerana perkara ini sepatutnya tidak menjadi masalah kerana kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pelbagai inisiatif dalam pakej rangsangan ekonomi yang bermanfaat kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Boleh dijadikan pengajaran dan insiden yang merendahkan diri

Golongan seniman tempias kecaman rakyat dengan pengeluaran kenyataan yang salah timing. Dalam situasi negara yang kini mencabarkan segenap lapisan masyarakat Malaysia, semua mempunyai kesusahan masing-masing. Tiada siapa yang senang semasa ini, malah ada lagi essential sector terjejas lebih teruk daripada mereka. Semoga masing-masing mempertimbangkan orang lain dan sama-sama lah kita manfaatkan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan tanpa mengira latar belakang dan status masing-masing.

Artikel Berkaitan

Back to top button